https://critoxium.com/shop/

Terkini

Surat Terbuka Kepada Pak Sheikh Anwar Ibrahim Siri 1

Oleh Iqmal Hisham Hashim.


1. Pak Sheikh Anwar. Semenjak Black Monday 25 Februari 2020, ramai aktivis dan pimpinan PKR secara langsung atau tidak langsung mengeluarkan kenyataan bahawa Mahathir dan Bersatu tidak boleh dipercayai sehingga jatuhnya kerajaan PH dan kerajaan kerajaan negeri. Benarkah dakwaan tersebut?

2. Boleh jadi benar kerana sejumlah ahli parlimen BERSATU keluar PH lah menyebabkan kerajaan ini tidak dapat diteruskan dan naik kembali UMNO dan kuncu kuncunya yang berpakat dengan kumpulan Muhyiddin.

3. Tetapi adakah MP Bersatu sahaja yang menjadi punca? Bagaimana dengan PKR. Jika Bersatu yang baru setahun dua meninggalkan UMNO dan menyertai PH boleh dianggap sebagai mualaf politik dalam PH. Tidak pelik apabila sebahagian mereka kembali bekerjasama dengan UMNO.

4. Tetapi amat pelik apabila PKR terlibat sama. Bermula dengan Timbalan Presiden, Naib Presiden dan sebahagian besar pimpinan kanan 'melompat' keluar PH. Orang seperti Azmin, Zuraidah, Tian Chua bukan mualaf PH, tetapi pejuang asal reformasi @ Keadilan sejak ditubuhkan. Mereka biasa ditahan lokap, di tahan ISA dan pelbagai ujian lagi. Lebih penting mereka adalah pendokong Sheikh Anwar sejak berpuluh tahun lamanya.

5. Mengapa mereka juga terlibat sama menjatuhkan kerajaan PH? Bukan sekadar di nasional, tetapi menular ke negeri negeri. Terkini jatuhnya kerajaan Kedah disebabkan 2 adun PKR melompat, diikuti adun adun parti lain. Begitu juga di Melaka dan Perak. Terkini desas desus Selangor pula sedang digugat.

6. Pokoknya bukan sekadar BERSATU, tetapi PKR juga penyumbang besar kejatuhan kerajaan PH di peringkat persekutuan dan negeri negeri.

7. Ini bukan bertujuan untuk menghukum PKR. Tetapi perlu berlaku jujur dan akui kedua dua parti menjadi penyebab jatuhnya kerajaan dan kedua dua parti dan tokoh secara khususnya Anwar dan Mahathir bertanggungjawab mengembalikan kerajaan pilihan rakyat ini.

8. Satu lagi yang perlu jelas pendirian Pak Sheikh berkaitan Muhyiddin Yassin. Ketika Mahathir yang dikatakan tidak boleh dipercayai oleh aktivis PKR menolak mati matian untuk bertemu Muhyiddin setelah diminta Muhyiddin berkali kali, kenapa Anwar bertemu Muhyiddin Yasin di pejabat Perdana Menteri beberapa minggu yang lalu? Tidak kira apa helah diberikan kononnya untul berbincang soal Covid 19 dan lain lain, pokoknya bertemu Muhyiddin di JPM seolah olah mengiktiraf beliau sebagai PM yang sah. Ia sangat melukakan kami penyokong di bawah.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.