Saya membaca kenyataan beberapa orang penganalisis politik seperti yang dilaporkan dalam media - misalnya di Malaysiakini - mengenai perkembangan semasa politik dalam negara.
Mereka,
antara lain, menyarankan agar Pakatan Harapan (PH) memberi tumpuan
kepada PRU15 untuk mengambil kerajaan dan bukannya melakukan hal itu
pada masa sekarang.
Seorang pemimpin Umno pula dilaporkan oleh akhbar Sinar Harian
dengan bangga menggunakan ucapan titah yang di-Pertuan Agong semasa
hari perasmian sidang parlimen pada 18 Mei lalu bagi menunjukkan
kononnya kerajaan yang ada sekarang ialah "kerajaan Tuanku".
Pertamanya,
saya ingin ucapkan terima kasihlah kepada para penganalisis politik
tersebut atas analisis mereka. Maaf - dan dengan penuh hormat - jika
saya katakan bahawa analisis anda semua bernilai amat amat rendah dan
hampir mencapai tahap tidak ada nilai.
Saya tidak pasti di mana anda semua simpan disiplin ilmu anda.
Keduanya,
sekiranya kritikan anda semua itu benar-benar jujur, cadangan anda
semua (bahawa perlu tunggu hingga PRU15 untuk ambil alih kerajaan) itu
sewajarnya ditujukan kepada Perikatan Nasional (PN) yang membentuk
kerajaan sekarang tanpa sebarang mandat rakyat dalam sebarang pilihan
raya.
Ia diakui sendiri oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin
semasa berucap secara langsung di televisyen baru-baru ini. Bagi saya ia
sesuai dinobatkan sebagai Ucapan Mak Cik Kiah.
Dibentuk secara sah, bermoral
Ketiga,
jika PH kembali berkuasa pada masa ini, hakikatnya ia berkuasa semula
dengan mandat rakyat yang diberi oleh rakyat menerusi PRU14.
Mandat
tersebut tidak pernah ditarik balik! Bukankah mandat itu untuk tempoh
lima tahun? Justeru, siapa yang tidak hormat kepada mandat rakyat
tersebut?
Keempat, meminta agar PH menunggu sehingga PRU15
nampaknya berdasarkan andaian atau premis bahawa kerajaan PN ini wajar
dibiarkan mentadbir beberapa tahun lagi.
Pun begitu ada beberapa fakta yang perlu diperhatikan, iaitu:
Ia merupakan kerajaan yang memiliki saiz kabinat yang lebih besar berbanding PH.
Kerajaan PN meriah mengagih-agihkan ghanimah
kepada aktor-aktor politik seperti pelantikan sebagai duta khas
bertaraf menteri dan pelantikan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC)
bagi 'membeli' kesetiaan
Ia merupakan kerajaan yang lebih teruja 'membebaskan' insan yang terpalit dengan skandal mega 1MDB.
Sedarkah
para penganalisis berkenaan mengenai semua realiti ini, selain banyak
isu lain membabitkan imej negara, ekonomi, pelaburan asing, keyakinan
pelabur dan sebagainya?
Kelima, kerajaan PH yang ditumbangkan oleh PN sekarang adalah kerajaan yang tidak ada sedikit pun 'daki' ketakabsahan (legitimacy) sama ada dari sudut perlembagaan, proses demokrasi atau dari sudut moral dan agama.
Di mana suara mereka sebelum ini
Tiada
sedikit pun elemen pengkhianatan dalam pembentukan kerajaan PH. Ia
dibentuk secara sah, secara bermoral dan beretika sambil menjunjung
tinggi semangat dan ruh Perlembagaan Persekutuan.
Ia adalah sepenuhnya kerajaan rakyat yang mewakili semua bangsa, etnik dan agama.
Ya,
benar, kerajaan PH itu tidaklah sempurna. Ada kelemahan di sini sana.
Namun siapa yang boleh menafikan kesungguhan kerajaan PH bagi
membetulkan kerosakan amat teruk yang ditinggalkan oleh kerajaan sebelum
ini?
Kesungguhan itu boleh dilihat oleh ramai orang di dalam atau
di luar negara. Semasa saya bertugas di luar negara atas kapasiti
anggota pentadbiran kerajaan PH, ramai rakan sejawat saya di luar yang
bukan sahaja memuji kita malah lebih daripada itu mereka berjanji untuk
membantu.
Saya
masih ingat mantan perdana menteri - Dr Mahathir Mohamad - sering
mengatakan bahawa hanya setelah beberapa bulan PH mengambil alih tampuk
pemerintahan negara, usaha menukar imej negara ini yang dikenali sebagai
negara kleptokrat mula menunjukkan hasilnya.
Keenam, saya
tertanya-tanya di mana suara para penganalisis politik itu semua ketika
PN mengambil alih kerajaan PH secara tidak bermaruah hingga digelar
kerajaan pintu belakang atau kerajaan tebuk atap?
Ya, di mana suara mereka ketika Langkah Sheraton digerakkan?
Kenapa - pada masa itu - kita tidak dengar mereka menasihati PN agar menunggu sehingga PRU15 untuk menjadi kerajaan?
Tentang
isu "kerajaan Tuanku" atau "kerajaan beta" itu, maaflah, takkanlah
serendah itu tahap politik mereka? Kenapa terlalu paranoid dengan lafaz
itu?
Dalam sistem demokrasi ala Westminster yang menjunjung
prinsip raja berperlembagaan, tiada sebarang keanehan pun dengan istilah
tersebut. Ia fenomena yang lumrah. Saya rasa aneh apabila ada yang
sanggup mengeksploitasi istilah berkenaan.
Amat tidak wajar dan
amat tidak beretika sama sekali untuk mengheret institusi diraja - sama
seperti tidak wajar mengeksploitasi isu agama dan perkauman - demi
kelangsungan jangka hayat politik yang kita tahu sedang begitu nazak
sekarang.
MOHAMED HANIPA MAIDIN ialah bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri dan kini menjadi anggota parlimen Sepang.
Mandat rakyat pada PH tak pernah ditarik balik
Reviewed by editorreformis
on
Mei 20, 2020
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Melaka tidak akan melaksanakan penjualan pasir sekiranya diberi mandat oleh rakyat negeri itu pada 20 Nove...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.