Anwar: Sampai hari ini Dr M tak dapat jumlah MP
Pakatan Harapan memang pernah membincangkan Dr Mahathir
Mohamad sebagai pilihan kedua untuk perdana menteri, kata presiden PKR
Anwar Ibrahim.
Ketika berucap kepada penyokongnya melalui Facebook secara langsung, Anwar berkata DAP dan Amanah tidak pernah berkalih untuk memesongkan dokongan mereka daripada menyokongnya menjadi perdana menteri.
"Jadi kawan-kawan fikir kalau begitu dia kata Anwar tidak cukup jumlah boleh tak kita fikirkan pilihan kedua, iaitu berikan ruang kepada Tun Dr Mahathir.
"Jadi ada yang percaya Tun Mahathir dapat jumlah. Tapi sampai hari ini tak dapat. Jumlah belum ada," kata ahli parlimen Port Dickson itu.
Sebelum ini DAP dan Amanah berkata Majlis Presiden PH telah mengesahkan Presiden PKR Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menterinya dalam pertemuan pada 30 Mei.
Beliau berkata PKR tidak boleh bersetuju untuk menjadikan Mahathir sebagai perdana menteri, dan ada kekhuatiran kerana pengalaman pada masa lalu dalam berurusan dengan bekas pengerusi PH itu.
Anwar jumpa 'kawan lama' di Sarawak
Menurut
Anwar, berdasarkan ketetapan syarat untuk memastikan Dr Mahathir
mengundurkan diri dalam tempoh enam bulan menunjukkan bahawa DAP dan
Amanah juga sepenuhnya yakin terhadap bekas perdana menteri itu.
Mereka
turut menjelaskan persetujuan jika Anwar tidak dapat memperoleh jumlah
sokongan mencukupi ahli parlimen untuk membentuk kerajaan, maka Dr
Mahathir menjadi pilihan untuk menjadi perdana menteri.Antara alasan yang diberikan DAP dan Amanah, Anwar gagal dalam usaha mendapatkan sokongan GPS.
“Kami
berharap usaha untuk mendapatkan sokongan melalui opsyen kedua boleh
seterusnya dilakukan sepertimana dipersetujui kerana pentadbiran
kerajaan PN jelas mendatangkan kerosakan kepada institusi dan kewangan
negara,” menurut kenyataan bersama Pengarah Komunikasi Amanah Khalid
Samad dan Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke Siew Fook pada 19 Jun
lalu.
Beliau tidak menyebut siapa kawan lama itu, dan enggan memberi ulasan sekiranya GPS telah menolaknya sebagaimana laporan The Malaysian Insight.
""Orang kata GPS tolak Anwar. Itu terserah, GPS bebas mewakili rakyat Sarawak.
"Beri mereka kebebasan untuk tentukan sikap mereka."Saya tak nak menyinggung lebih daripada itu. Selain daripada kata usaha kita akan diteruskan," jelasnya.
Menurut
Anwar lagi, PKR tidak berputus asa untuk merebut kembali kuasa daripada
PN, tetapi mereka tidak akan menggunakan kaedah membeli sokongan atau
mengancam ahli parlimen.
"Kita harap dapat menarik
minat kawan-kawan kita ahli parlimen dari semua pihak untuk selamatkan
negara dan ekonomi negara," katanya.
Kerajaan PH runtuh pada hujung Februari selepas Muhyiddin membawa keluar Bersatu daripada gabungan parti pemerintah itu, ditambah dengan ahli parlimen PKR yang berpaling tadah membentuk pentadbiran PN.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.