Awat Jumpak Hamzah Senyap - Senyap
"Hamzah Zainuddin ini perjuangan dia satu saja - bukan pasal bangsa, agama dan negara.
Perjuangannya ialah balas dendam terhadap Anwar Ibrahim" - Dr Mahathir Mohamad.
"Jika ada sesiapa dalam PH yang melayan Hamzah – salah seorang perencana Langkah Sheraton – sebagai sekutu berpotensi, individu tersebut sedang melakukan kesilapan yang amat besar" - Liew Chin Tong
Asalnya, pertemuan2 bekas bakal perdana menteri dengan Menteri Dalam
Negeri, Hamzah Zainudin tidak diketahui oleh rakan2 PKR dalam Pakatan
Harapan. Malah, mungkin tidak diketahui oleh kepimpinan PKR sendiri.
Setelah maklumat pertemuan2 penuh rahsia itu bocor, dalam salah satu mesyuarat PH, Dap mendesak bekas bakal PM berterus terang mengenainya.
Akhirnya, bekas bakal PM mengakui beliau bertemu Hamzah. Malah beliau mendakwa Hamzah berjanji akan membawa sekurang2nya tujuh Ahli Parlimen bagi membantu mencukupkan bilangan bagi membolehkan bekas bakal PM mencapai apa yang diidam2kannya sejak lebih 20 tahun lalu - menjadi perdana menteri Malaysia. Wow!
Penjelasan bekas bakal PM kononnya Hamzah akan membawa sekurang2nya tujuh Ahli Parlimen untuk membantu mencukupkan bilangan bagi membolehkannya menjadi perdana menteri itu bukan sahaja tidak meyakinkan rakan2 PKR dalam PH yang menyifatkannya sebagai tak masuk akal langsung, malah menimbulkan keraguan dan rasa tidak percaya yang amat mendalam terhadap bekas bakal PM. Lihat saja kenyataan Chin Tong mengenai perkara itu.
Setelah PKR akhirnya membuat keputusan menolak option kedua yang mencadangkan Dr Mahathir sebagai perdana menteri jika bilangan yang mencukupi diperolehi, beberapa orang yang terlibat dalam mesyuarat2 dengan bekas bakal PM sepanjang hampir empat bulan itu mula bersuara.
Mereka menyatakan, isu pertemuan bekas bakal PM dengan Hamzah mula menyebabkan mereka merasa terpedaya dan dipermain2kan.
"Patut la dia dragged2 sampai dekat empat bulan dan tak nak capai sebarang persetujuan," kata salah seorang dari mereka.
Kita yang baru tahu selepas semuanya dijadikan tak jadi pun tertanya2, ada apa dengan Hamzah?🙂
(aku cuba tulis seringkas mungkin. Panjang2 letih hampa nak baca. Hahaha..)
FB Abu Bakar Mohd Rashid

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.