Baca meter TNB kena cium tangan ?
KUALA LUMPUR, — Wanita DAP Johor mempersoalkan kegagalan
Tenaga Nasional Berhad (TNB) membuat bacaan meter sepanjang tempoh
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Setiausaha publisitinya berkata alasan yang diberikan TNB
tidak wajar memandangkan aktiviti berkenaan tidak melibatkan sentuhan
fizikal.
“Bukan tembak dari luar pagar saja? Ke ada kena bagi salam, cium tangan, minta izin tengok meter?” soal Marina Ibrahim.
Beliau
mengulas kenyataan Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Shamsul Anuar
Nasarah yang menjelaskan kegagalan TNB itu selepas mendapat nasihat
Majlis Keselamatan Negara.
TNB sepanjang musim PKP tidak membuat bacaan meter elektrik membuatkan mereka menghasilkan bil anggaran pengguna.
Bil anggaran berkenaan mencetuskan kemarahan orang ramai selepas jumlah yang dinyatakan mencecah ribuan ringgit.
“Bukan tembak dari luar pagar saja? Ke ada kena bagi salam, cium tangan, minta izin tengok meter?” soal Marina Ibrahim.
Bil anggaran berkenaan mencetuskan kemarahan orang ramai selepas jumlah yang dinyatakan mencecah ribuan ringgit.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.