Walau ada kenyataan menyinggung tapi PH tetap kukuh - Anwar
Pakatan Harapan masih kukuh walaupun ada perselisihan
mengenai calon perdana menteri gabungan itu, kata Pengerusinya Anwar
Ibrahim.
"Sekarang dalam media sosial serang menyerang. Tidak adil ya.
"Ini mungkin kerana kenyataan (Anthony) Loke dan Khalid (Abdul Samad) sedikit sebanyak keras dan menyinggung dan melukakan.
"Tapi tak apa lah. Itu perkara kecil," kata Anwar pada siaran langsung video di Facebook malam ini.
Pada
Jumaat, Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad dan Setiausaha
Organisasi DAP Anthony Loke Siew Fook mengeluarkan kenyataan yang
mengatakan bahawa Anwar gagal mendapatkan sokongan daripada GPS untuk merebut kembali Putrajaya.
Anwar pada malam ini berkata sokongan DAP dan Amanah untuk Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri, cuma satu jalan yang lebih panjang dalam usaha untuk menyokong presiden PKR itu menjadi perdana menteri.
Menurut Anwar lagi, Amanah dan DAP tidak pernah terpesong daripada matlamat tersebut.
"PH itu masih kukuh. PKR, DAP, Amanah, tidak ada sedikit pun suara yang mahu melemahkan PH.
Bukan semata-mata nak rebut PM, jatuh PN
Menurut
Anwar, PH bukanlah sebuah pakatan yang dibentuk hanya untuk memenuhi
keperluan semasa seperti berebut untuk jawatan perdana menteri, atau
semata-mata untuk menjatuhkan PN.
Sebaliknya, jelas beliau, PH adalah gabungan politik yang berdasarkan agenda reformasi dan untuk memperbaiki ekonomi rakyat."Ini bukan pakatan yang digabung hanya untuk memenuhi keperluan semasa.
"Hendak rebut jawatan perdana menteri sekarang atau hendak jatuhkan PN. Tidak," katanya lagi.
Anwar berkata sekarang sudah tidak ada lagi pengkhianat di dalam PH dan perselisihan pendapat antara PKR dengan DAP dan Amanah tidak bermaksud yang kedua parti itu telah melupakan jalinan persahabatan mereka.
"Ini bukannya bermakna mereka sudah lupa jasa dan khidmat (PKR). Tidak benar," jelas beliau lagi.
Ini apabila dua parti gabungan PH itu menyokong Mahathir sebagai calon perdana menteri bagi kali ketiga selama enam bulan, dengan Anwar sebagai timbalannya.
"DAP dan Amanah patut menyatakan pendirian mereka di belakang individu yang membawa mereka bersama.
"Inikah cara kamu membalas budi Anwar atas persahabtan yang terbina lebih 20 tahun lalu," soal Farhash.
Bagaimanapun, DAP dan Amanah menyokong Mahathir menjadi perdana menteri bagi kali ketiga selama enam bulan, dengan Anwar sebagai timbalannya.
Sekutu Mahathir berpendapat beliau lebih disenangi oleh blok ahli parlimen dari Malaysia Timur, yang berperanan dalam pembentukan majoriti gabungan politik mana pun.
Bagaimanapun, PKR enggan menerima unjuran ini.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.