https://critoxium.com/shop/

Terkini

Fokus kepada musuh sebenar, gesa Mujahid kepada penyokong PH

Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa menggesa penyokong Pakatan Harapan (PH) memberi fokus siapa musuh sebenar tanpa perlu membuka ruang untluk berhadapan dengan musuh baru.

“Cukuplah satu musuh dari kem pengkhianat dan pengacau,” katanya

Beliau yang juga Naib Presiden AMANAH berkata PH harus berhati-hati menerima seseorang yang pada asasnya mahu menyertainya untuk melawan musuh yang sama.

“Jangan melepaskan peluang membina kekuatan untuk berhadapan musuh kita yang semakin lemah.

“Jangan beri kekuatan kepada musuh sebenar dengan kita berpecah dan tidak boleh bersetuju pada asas yang sangat besar menentukan kita mengembalikan mandat yang dirampas. Itu seharusnya menjadi fokus!” tegas beliau.

Katanya, kesatuan dan persetujuan yang dibina selama ini diperhati dan dinilai oleh rakyat dan jangan sesekali gagal.

“Kegagalan mencapai kata sepakat dalam hal penting ini, rakyat menjadi muak dan bosan dengan sikap kita.

“Lupakan sengketa, ikat kebimbangan dengan janji, biar jelas keingkarannya nanti jika niat untuk khianati, mana janji kita untuk kembali, jangan nanti mandat yang dicari rakyat dah mula benci!” katanya.

Beliau percaya Mandat rakyat pada PRU ke 14 adalah hasrat mahukan perubahan dan selama 22 bulan PH berhempas pulas melaksanakan perubahan dengan realiti yang ada.

“Saya menulis sebagai Ahli Parlimen antara 222 ahli dari P057, Parit Buntar yang memenangi PRU yang lalu atas tiket Pakatan Harapan.

“Kita berbangga kekuatan PH ialah kombinasi jiwa besar DSAI dan rakan-rakan bersama keazaman politik Tun M mahu menjatuhkan kleptokrasi regim BN. Kita berbangga adanya kesatuan dan persetujuan pembahagian kerusi, penggunaan satu lambang dan calon PM,” ujarnya.

Tegas Mujahid, semua formula kemenangan telah terhidang untuk PH dan terbukti ia mengukir kejayaan dengan terbentuknya kerajaan PH yang jelas halatujunya.

“Kesatuan ini dirobohkan oleh pengkhianat dari dalaman kita, mengorek asas yang cuba kita bina, setiap kali diperkukuhkan setiap kali mereka mengoreknya hingga runtuhlah Malaysia Baru yang cuba kita bentuk,” katanya

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.