https://critoxium.com/shop/

Terkini

AMANAH Sabah sokong bubar dan adakan Pilihan Raya Negeri

Oleh MAHDAR BUJANG

Parti AMANAH Negara Negeri Sabah menyambut baik cadangan Timbalan Presiden Warisan, Darell Leking supaya diadakan Pilihan Raya Negeri bagi menyelesaikan kemelut politik perebutan kuasa di peringkat Kerajaan Negeri ketika ini.

Ini kerana, menurut Pengarah Komunikasi AMANAH Sabah, Zaidi Jatil, Datuk Seri Musa Aman telah menyatakan bahawa mempunyai cukup sokongan untuk membentuk Kerajaan Negeri selepas beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada PKR, Warisan, Bersatu dan Umno Sabah menyokong beliau menjadi Ketua Menteri.

“Kita sedia maklum bahawa timbul spekulasi sebelum ini menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Sabah akan tumbang tetapi sehingga hari ini masih utuh.

“Ini adalah pengkhianatan besar apabila mereka yang menang atas nama Pakatan Harapan (PH) dan Warisan keluar untuk menyokong Musa Aman dan ia amat sukar diterima rakyat khususnya para pengundi do negeri ini.

“Justeru adalah lebih baik pulangkan semula kuasa kepada rakyat untuk memilih pemimpin mereka,” tegas Zaidi di Kota Kinabalu.

Sebelum ini, semua Adun yang menyokong Shafie Apdal telah menyatakan kesetiaan dan menandatangani Akuan Berkanun (SD) menyokong Ketua Menteri dan Kerajaan Negeri yang sah tetapi semalam mereka ‘u-turn’ intuk menyokong kem Musa Aman seperti yang diuar-uarkan.

“Ini yang menjadi tanda tanya di kalangan rakyat adakah dakwaan berlaku ‘jual beli’ Adun yang pro kepada Shafie itu benar berlaku ataupun tidak?

“Sehinggakan ada Adun yang keluar menyokong kem Musa ini agak pelik sekali sedangkan beberapa minggu lepas menyatakan sokongan kepada Shafie,” jelasnya.

Sehubungan itu, ujarnya AMANAH Sabahmenggesa agar Pilihan Raya Raya Negeri Sabah diadakan bagi menyelesaikan kemelut politik yang berlaku di negeri ini sekali gus akan memberi kuasa kepada rakyat untuk memilih siapa yang mereka inginkan mentadbir kerajaan negeri.

“Dan apabila rakyat sudah memilih nanti, janganlah ada lagi pemimpin yang lompat parti.

“Bagaimanapun, AMANAH Sabah tetap kekal berprinsip menyokong penuh Kerajaan Negeri Sabah yang diterajui Datuk Seri Panglima Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri Sabah,” kata beliau lagi.

Sebelum itu, Timbalan Presiden Warisan, Darell Leiking menggesa supaya Pilihan Raya Negeri diadakan di Sabah selepas bekas Ketua Menteri, Musa Aman mendakwa mempunyai sokongan mencukupi untuk menubuhkan Kerajaan Negeri yang baharu.

Beliau turut menyerang Adun Warisan yang menyokong gabungan kem Musa dengan menyifatkannya ‘pengkhianatan besar’.

Ahli Parlimen Penampang dan bekas Menteri Persekutuan itu terkejut dengan dakwaan Adun berpaling tadah daripada Kerajaan Negeri pimpinan Warisan, selepas menyuarakan sokongan kepada Ketua Menteri, Shafie Apdal.

“Ini ialah pengkhianatan besar kepada mandat yang diberikan rakyat Sabah sejak dua tahun lalu,” tegasnya.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.