https://critoxium.com/shop/

Terkini

Politik matang itu makan keliling.

Oleh Zin Mahmud

Politik. Mula-mula mereka bersama UMNO demi Hudud. Tolak DAP dan PKR sampai bukan saja pecah Pakatan Rakyat tapi singkirkan barisan pemimpin sendiri yang berjuang bertahun tahun dengan banyak berkorban (termasuk ditahan ISA, akta yang dilaksanakan oleh kerajaan UMNO) kerana percaya pada amanat agama suku, politik sukunya.

 Akhirnya parti sendiri pecah dengan pemimpin-pemimpin bagus mereka menubuhkan parti baharu. Tapi mereka mahu terus berada dalam kerajaan Pakatan Harapan Selangor

 Masa itu Pakatan Rakyat sudah tutup. Katanya mandat rakyat. Bila tolak PKR dan DAP, mereka lupa mandat rakyat bahawa undi yang PAS terima datang dari penyokong PKR dan DAP.

Kemudian sanggup bertanding tiga penjuru untuk pecahkan undi Pakatan Harapan atas alasan partinya lebih kuat bila sendirian. Sedangkan tujuannya untuk memenangkan UMNO dan Najib.


Setelah kalah, pakat dengan UMNO atas nama Melayu-Islam kerana nak lawan DAP. Tetapi kemudian menyokong Mahathir kerana nak lawan Anwar. Politik matang, katanya. Kemudian boleh pula sokong MCA dan MIC. MCA dan MIC tak mengapa, asal jangan DAP. Sebab MCA dan MIC boleh ikut kata Melayu-Islam. DAP ikut kepala sendiri. Yelah tu.

Kemudian masuk Perikatan Nasional. Tolak Mahathir dan sokong Muhyiddin. Sedangkan dulu kata sokong Mahathir. Tapi pakat dengan UMNO untuk Muafakat Nasional. Bersama MCA dan MIC.

Bila Najib didapati bersalah. UMNO kata Bersatu tak ikhlas. Jadi UMNO keluar dari Perikatan Nasional.

 Apa dia harapkan Bersatu boleh lepaskan Najib? Siapa yang tak ikhlas? 

UMNO atau Bersatu? UMNO keluar dari Perikatan Nasional dan mantapkan Muafakat Nasional. 

Tapi mereka masih mahu menjadi anggota kerajaan Muhyiddin. Sedangkan Muhyiddin itu adalah Bersatu dan Perikatan Nasional.

Tapi PAS hendak dua-dua.. Perikatan Nasional pun hendak, Muafakat Nasional pun hendak. Muhyiddin hendak, Zahid pun hendak. Bersatu hendak, UMNO pun hendak. Politik matang katakan. Politik matang itu makan keliling.

Malah mereka berjumpa Najib selepas dapati dia bersalah. Sedangkan Najib itu sudah bukan ketua UMNO. 

Sayang betul mereka pada Najib dan UMNO. Sedangkan penyokong-penyokongnya yang menyumbang pada politiknya dari tahun 1982 dinesta, diberi kata buruk dan disingkirkan pada tahun 2015. 

Hudud lah sangat itu.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.