https://critoxium.com/shop/

Terkini

Akhirnya darurat diguna untuk kerajaan berbelanja sesuka hati, kata Najib

 


Oleh NASUHA RAHMAN

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kerajaan Muhyiddin Yassin telah menggunakan Ordinan Darurat untuk berbelanja sesuka hati tanpa kelulusan Parlimen.

Beliau berkata, darurat yang dilaksanakan kononya untuk membendung pandemik COVID-19 akhirnya digunakan untuk memberi kuasa kepada kerajaan berbelanja tanpa berpandukan Belanjawan 2021 yang dibentangkan tahun lepas.

“Kerajaan telah mengguna kuasa darurat untuk mewartakan ordinan baru untuk gantung Perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 dan Perenggan 2(2)(b) Akta Bil Perbendaharaan (Tempatan) 1946.

“Dengan ini kuasa Dewan Rakyat berhubung soal kewangan telah diketepikan,” katanya melalui Facebook.

 

 

Menurut Najib pada bulan Februari kerajaan telah menaikkan had untuk memberi projek secara rundingan terus dari RM20,000 ke RM50,000.

“Dikhabarkan juga bahawa banyak lagi projek yang saiznya lebih besar telah diberi sejak beberapa bulan lepas sama ada secara rundingan terus atau dianugerahkan secara tender terhad dengan alasan pemberian projek perlu disegerakan untuk melawan COVID-19.

“Sebab itu, saya pernah tanya tentang nisbah hutang kerajaan yang sudahpun cecah 62.2% – iaitu melebihi had 60% yang dinaikkan dari 55% pada bulan Ogos lalu,” katanya.

Sebelum warta hari ini, Najib berkakta kadar pinjaman baru kerajaan tahun ini sudahpun amat rancak dan hutang kerajaan dijangka naik ke RM975.4 bilion pada akhir tahun ini (berbanding RM686.8 bilion masa BN).

Selepas warta ini pula, Najib percaya hutang kerajaan mungkin lebih tinggi berbanding angka RM975.4 bilion itu.

Disebakan hutang makin bertambah, Najib berkata penting untuk parlimen disambung semula supaya wakil rakyat boleh memantau perbelanjaan kerajaan.

“Hutang kerajaan bukan ditanggung oleh kerajaan hari ini tetapi oleh kerajaan-kerajaan masa depan dan akhirnya akan ditanggung oleh Rakyat melalui pelbagai cukai-cukai baru,” katanya.

Bahkan katanya, dalam tempoh 3 bulan sejak tahun 2021 bermula sahaja, kerajaan telah membuat pinjaman baru sebanyak RM54.5 bilion.

Januari 2021 (Pinjam RM19 bilion)
7 Jan 2021: Pinjam RM3.5 bilion
12 Jan 2021: Pinjam RM3 bilion
15 Jan 2021: Pinjam RM4.5 bilion
19 Jan 2021: Pinjam RM2 bilion
22 Jan 2021: Pinjam RM4 bilion
26 Jan 2021: Pinjam RM2 bilion

Februari 2021 (pinjam RM13 bilion)
4 Feb 2021: Pinjam RM4.5 bilion
9 Feb 2021: Pinjam RM2 bilion
19 Feb 2021: Pinjam RM4 bilion
24 Feb 2021: Pinjam RM3.5 bilion

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.