https://critoxium.com/shop/

Terkini

Pejuang Gaza bukan lagi bertahan tetapi menyerang


Oleh ABDUL HALIM ABU NARGEZ   

Izinkan saya al faqir bagi mengulas serba sedikit terhadap isu hangat yang sedang berlangsung di Semenanjung Gaza. Iya, sebuah siri konflik terbaru antara Palestin & rejim haram Israel. Menurut telahan saya, para pejuang Gaza tidak lagi berada pada tahap mempertahankan (defend), mereka sudah memasuki tahap menyerang (attacking). Sejak sekian lama warga Gaza dibuli, diseksa & diserang setiap penjuru, mereka hanya melawan menggunakan batu dan roket buatan sendiri.

Kini tidak lagi setelah peluru berpandu Al Fajr, Al Badr dan lebih menakutkan peluru berpandu ~ Sejjil ~ buatan Iran telah berada ditangan pejuang Gaza. Apabila pejuang Hamas melancarkan ribuan roket dan peluru berpandu untuk satu masa, sistem pertahanan ‘Iron Dome’ milik Israel mampu menahan 40-50% dari serangan roket tersebut. Beberapa kawasan penempatan Zionis telah dibom dan musnah serta kini mereka cemas akan serangan tersebut. Boleh jadi, ini adalah pertama kali rejim Zionis panik dalam siri pertembungan dengan pejuang Gaza. Seperti bertemu buku dengan ruas.

Secara taktikal, strategi peperangan HAMAS telah ‘upgrade’, berubah dari masa ke semasa. Mereka sudah bersedia untuk melakukan serangan lebih mendalam yakni perang darat ala gerila persis tentera Hizbullah. 

Tentera Hizbullah mempunyai sejarah lama bertempur dengan rejim haram Israel sejak tahun 80an sehingga tahun 2000 selepas Hizbullah merampas kembali Selatan Lubnan. Pada tahun 2006 pula, dunia sekali lagi menyaksikan pertempuran antara Hizbullah dan rejim Zionis. Dikala itu tentera Hizbullah berjaya mengekalkan posisi mereka di Selatan Lubnan dan berjaya menghalau tentera Zionis pulang ke sarangnya. Peperangan mereka berlanjutan selama 33 hari.

Banyak peristiwa-peristiwa ajaib berlaku semasa pertempuran dahsyat itu tercetus. Kereta kebal Markova milik Israel dinobatkan sebagai paling canggih didunia hancur apabila dibedil peluru berpandu Hizbullah. Kapal laut terbelah dua dan pesawat tempur Israel terpotong belasan seperti dicincang dengan ‘pedang’. Setidak-tidaknya puluhan @ ratusan tentera rejim Zionis maut dalam peperangan tersebut.

Menurut laporan terkini media Israel, Pasukan Tentera Darat Israel telah mendapat ‘lampu hijau’ dari pihak atasan untuk memulakan perang darat dengan pejuang Gaza. Rejim Zionis siap dan tengah memeriksa wilayah tersebut, mereka akan segera masuk setelah menerima perintah. Ini yang ditunggu-tunggu oleh mujahidin Palestin. Mereka tidak gentar akan serangan darat malah lebih bersemangat dan sanggup meneguk syahadah demi menyelamatkan tanah air mereka yang tercinta.

Semoga Allah Tabaraka Wa Ta’ala memberi kekuatan kepada pejuang Islam yang saat ini sedang bertempur dengan musuh Tuhan. Kami sebagai warga Malaysia senantiasa berdoa kepada Allah SWT agar rakyat Palestin memperolehi kemenangan dan mengambil semula tanah mereka yang haq termasuk kota suci BaitulMaqdis yang menjadi ‘garisan merah’ bagi umat Islam diseluruh pelusuk dunia, dan melenyapkan rejim haram Israel dari muka bumi ini.

Wallahu’alim.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.