https://critoxium.com/shop/

Terkini

COVID-19, tidak patut dijadikan alasan tutup Parlimen


Pada Khamis lalu, sidang telah ditempohkan empat kali. Salah satu alasan yang diguna ialah terdapat sejumlah kes positif COVID-19 di Parlimen, yang menyaksikan semua yang berada di Parlimen dihalang dari keluar dan diarah melakukan ujian saringan COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah telah memaklumkan bahawa 1,183 orang telah disaring di mana 11 didapati positif COVID-19. Dari 11 ini, 1 membuat saringan RT-PCR manakala 10 yang lain membuat saringan RTK.

Berdasarkan laporan Ketua Pengarah Kesihatan, kadar positif di Parlimen adalah 0.9%, manakala nilai ambang (threshold) yang disaran WHO bagi menentukan jumlah ujian saringan yang mencukupi ialah 5%. Ini bermaksud tidak ada jumlah kes positif COVID-19 yang signifikan di Parlimen sepanjang minggu lalu.

Oleh itu, isu jangkitan COVID-19 tidak boleh dan tidak patut dijadikan alasan untuk menutup atau menangguh sidang Parlimen yang perlu diteruskan pada Isnin, 2 Ogos 2021.

Jika Parlimen ditutup dengan hanya dengan kadar kurang daripada 1%, Parlimen berkemungkinan besar tidak akan bersidang lagi kerana hakikatnya COVID-19 akan terus berada di dalam masyarakat (endemic) bukan hanya di Malaysia, malah di seluruh dunia.-Husam Musa

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.