https://critoxium.com/shop/

Terkini

Didakwa langgar SOP: Saifuddin cabar Annuar jelaskan


 

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail mencabar Annuar Musa membuktikan bahawa dia melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) selepas didakwa mengadakan pertemuan dengan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

Cabaran ke atas Annuar itu dibuat selepas menteri Wilayah Persekutuan berkenaan memuat naik tiga keping gambar menunjukkan Saifuddin bersama Ahmad Zahid.

Turut kelihatan dalam gambar itu ialah Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul.

"Semua orang tahu persahabatan saya dengan Zahid. Dah lebih 30 tahun," kata Saifuddin, "saya mengaku ada banyak koleksi gambar bersama beliau dan keluarganya."

Bercakap kepada Malaysiakini, Saifuddin berkata, dia boleh menjelaskan butiran gambar berkenaan jika Annuar memberikan maklumat lanjut mengenainya.

"Saya cabar tukang sebar gambar itu jelaskan lebih terperinci di mana dia dapat gambar itu. Elok dia jelaskan, sama ada ia gambar lama atau baru.

"Sekiranya dia beritahu bila dan di mana gambar-gambar itu diambil, kemudian saya boleh jawab dakwaan mengatakan saya langgar SOP," katanya.

Dalam gambar pertama, Saifuddin dan Ahmad Zahid dilihat memegang senaskhah buku berjudul Impactful Speeches: Winning Hearts and Minds ditulis bekas timbalan perdana menteri berkenaan.

Buku itu diterbitkan pada 2018.

Gambar kedua menunjukkan Saifuddin bersama Ahmad Zahid dan Johari sedang menikmati hidangan di lokasi yang tidak dapat dikenal pasti.

Bagaimanapun, dalam hantaran berkenaan Annuar tidak menjelaskan tarikh dan tempat pertemuan tersebut berlangsung.

Malaysiakini sedang cuba menghubungi Annuar untuk mendapatkan komennya.

Annuar merupakan bekas pemimpin kanan Umno dan BN yang kini giat mengkritik Ahmad Zahid selaku presiden Umno, khususnya menjelang perhimpunan agung Umno yang diadakan pada Mac lalu.

Untuk rekod, Annuar dikenakan kompaun RM2,000 oleh polis semalam kerana melanggar SOP PKP diperketatkan (PKPD) dengan berkunjung ke rumah bekas perdana menteri, Abdullah Ahmad Badawi pada Sabtu lalu.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.