Negara perlukan kepimpinan baru yang tegas dan berani untuk tangani COVID-19, ekonomi - Anwar
KUALA LUMPUR: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap sebuah kerajaan baharu yang mempunyai barisan kepimpinan yang tegas dan berani dapat ditubuhkan bagi menangani pandemik COVID-19 dan ekonomi negara.
Anwar
menjelaskan, untuk menangani masalah ekonomi akibat pandemik COVID-19,
sebuah kerajaan yang stabil dan diyakini perlu ditubuhkan.
"Kita
jelaskan untuk tangani masalah ekonomi ini kita perlu sebuah kerajaan
yang stabil dan diyakini kerana banyak badan perniagaan seperti badan
perniagaan Jepun dan Jerman yang menjelaskan bahawa dasar kita ini
cacamarba, mereka tidak jelas.
"Kerana
itu kita perlukan satu pendekatan yang tetap, tidak boleh ambil
pendekatan yang digunakan satu tahun setengah yang lalu, ulang
pendekatan yang sama dan mengharapkan hasil yang berbeza.
"Pada
pandangan saya, yang perlu dilakukan ialah memperlihatkan dasar yang
jelas bahawa beberapa bidang ekonomi dengan syarat-syarat dengan ketat,
dengan SOP, dengan vaksin harus dibuka bertahap dan dipantau dengan
ketat supaya orang boleh cari makan dan hidup," katanya menerusi satu
video yang disiarkan di Facebooknya.
Anwar
mengakui bahawa apa yang beliau cadangkan itu mempunyai risiko namun ia
boleh dilaksana dengan dasar jelas yang diyakini pelabur.
Beliau
juga menegaskan keadaan bertambah rumit apabila beberapa individu masih
memikirkan tentang kepentingan dan keuntungan sendiri.
"Ini
bukan ekonomi, ini melahap harta rakyat, itu beza, jadi kalau kita
tumpu, bersihkan dari gejala-gejala tamak haloba ini ekonomi boleh
dipulihkan.
"Saya yakin kita boleh
pulihkan dengan cara bertahap, saya tidak bersetuju buka secara
sewenang-wenangnya melainkan proses vaksin kepada semua baru boleh buka,
dan dipantau baru boleh buka ekonomi," katanya lagi.
Menyentuh
soal pendidikan, Anwar mempersoalkan adakah persediaan yang cukup telah
dibuat sebelum membuka sesi persekolahan pada 1 September nanti.
"Persoalan
apakah semua guru telah divaskin, bagaimana jaminan keselamatan guru
dan pelajar bila sekolah dibuka. Apa langkah bagi guru dan pelajar di
zon merah?" katanya.
Beliau turut
mempersoalkan janji pemberian tablet yang dibuat kira-kira setahun yang
lalu yang masih belum diterima sebahagian besar pelajar.




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.