https://critoxium.com/shop/

Terkini

Pemohonan maaf Tun Hanif kpd Lim Kit Siang, Mengapa DAP Pemaaf Sangat ?


Oleh Norman Radzuan

“Saya mengesahkan bahawa penahanan plaintif pada tahun 1969 bukan atas sebab bahawa beliau telah meminta Malaysia dibahagikan atas dasar perkauman dan seterusnya saya juga mengesahkan bahawa beliau tidak pernah mencadangkan sedemikian,” pengakuan maaf Tun Hanif atas fitnah kod Lim Kit Siang.

Memohon maaf sgt mudah tetapi berapa juta manusia yg bergelar umat Melayu yg percaya fitnah atau penipuan tersebut. 3 tahun lamanya umat Melayu percaya bahawa tragedi 13 Mei itu antaranya berpunca dari Lim Kit Siang.

Begitu juga sebelum itu ada pihak mendoktrin Dap ditubuhkan oleh bekas ahli komunis. Akhirnya Penyelidik dan Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia (ISTAC), Zaharah Sulaiman mendakwa hasil dari kajian, beliau mendapati MCA ditubuhkan oleh bekas pemimpi2 tinggi Parti Komunis Malaya (PKM).

Tidak cukup dgn itu Jamal Yunos pernah meminta maaf secara terbuka apabila kes fitnah dibawa oleh YB Yeo Bee Yin ke mahkamah.

"Saya skg mengakui bahawa YB Yeo Bee Yin seorang yg jujur dan telus dlm pengurusan wang Skim Mesra Usia Emas. Saya ingin memohon maaf kpd YB Yeo Bee Yin atas kesilapan saya ini. Saya minta maaf, YB Yeo Bee Yin," katanya Jamal Yunos.

Masih kalian ingat, Yang Dipertua PAS Padang Serai, Shaharuddin Ibrahim memohon maaf kpd DAP dan kerajaan Pulau Pinang berhubung kenyataannya mendakwa akn berlaku larangan azan di masjid2 sekiranya DAP memerintah.

Fitnah kpd Dap, Anwar dan pemimpin2 PH boleh dibukukan jika ingin disebut satu persatu. Begitu byk kes saman fitnah dimenangi oleh pemimpin2 PH tapi pemimpin PH tidak bijak memanipulasi isu tersebut utk memberhentikan fitnah berterusan.

Fitnah sentimen perkauman dan agama sering dimainkan utk menanam kebencian org Melayu kpd Dap dgn tujuan utk org Melayu menolak PH. Hingga org Melayu sgt benci kpd Dap dan PH tanpa sebab munasabah.

Jika kita bertanya kpd org Melayu apa bezanya Dap dgn MCA dan Gerakan pasti mereka tidak mampu berhujah dgn fakta. Malangnya Dap ini terlalu pemaaf dan tidak bijak menggunakan peluang saman fitnah ini.

Bagi saya adalah lebih baik saman fitnah terhadap pemimpin2 Dap diteruskan sebagai satu mesej kpd rakyat terutama kpd org Melayu bahawa kebencian mereka kpd Dap adalah termakan fitnah2 yg tidak putus2 dilemparkan.

Jika saya jadi pemimpin2 Dap saman saya teruskan demi maruah, pengajaran dan mesej kpd org Melayu. Wang kes mahkamah yg dimenangi derma saja kpd sekolah2 Tahfiz yg terpaksa ditutup adalah lebih baik dari membiarkan fitnah berterusan.

Malangnya Dap tiada strategi ampuh utk melawan fitnah. Mereka kadangkala lurus bendul dan terlebih Islamik dlm sesuatu perkara. Akhirnya fitnah berterusan dgn konsep 'fitnah dahulu minta maaf kemudian'.

Saya org Islam dan saya org Melayu memaafkan adalah ajaran yg selalu ditekan oleh Islam. Tapi memfitnah itu sgt dilarang oleh Islam hingga Islam mengatakan dosa memfitnah itu lebih dasyat dari dosa memfitnah.

Kadang2 saya kesian juga tgk Lim Kit Siang. Nasibnya seperti Anwar menjadi mangsa fitnah politik. LKS sering dikambing hitam dgn pelbagai isu yg bukan kepalang fitnahnya sejak berpuluh tahun dahulu. Hingga dgr namanya org Melayu dah marah.

Slogan No Anwar NO Dap. Pernah atau tidak org Melayu yg rasis ini bertanya atau berhujah dgn pemimpin mereka apa dailnya mereka berkata begitu? Nak harap mereka berfikiran kritis jgn harap.

Tiba2 pemimpin yg sebut No Anwar No Dap jalinkan kerjasama... kenapa tidak bertanya dulu say No skg Yes?... Memang seperti lembu dicucuk hidung.

Seperti selalu saya katakan di dunia ini hanya di Malaysia tak perlu bersusah payah berkempen soal ekonomi, pembangunan, peluang pekerjaan, dasar luar negara dan lain2... cukup sekadar berkempen pilih PH maka Cina kuasai negara.

Mengapa masih ramai org Melayu sanggup meletakkan diri mereka ke kasta Melayu yg paling rendah hingga mudah diperbudak budakkan? Lihat hari ini hebah di media Singapura bila graduan Malaysia pemegang Ijazah Pembangunan Sains dari Universiti Kebangsaan Malaysia bekerja sebagai pengutip sampah di negara tersebut. Ia umpama graduan Bangladesh yg bekerja di Malaysia sebagai buruh kasar...malu.

Jgn terkejut suatu hari nanti anak2 kita akn pergi ke Indonesia dan Thailand utk bekerja pelbagai sektor di sana nanti. 10-20 thn lagi Indonesia bakal sehebat Malaysia. Dlm diam2 pelaburan berpuluh billion hadir ke negara tersebut.

Peluang pekerjaan semakin membesar di negara2 jiran. Ingat semua ini adalah tangan2 kita yg tidak langsung terkesan pemimpin yg saban tahun mencuri berjuta juta hingga berbillion wang yg sepatutnya utk pembangunan ekonomi negara.

Akhirnya peluang pekerjaan utk anak2 kita tiada...kita hanya melihat anak2 kita menganggur di rumah. Yg mampu kita rakyat marhaen ialah melihat anak2 Pak Menteri bercuti kelas pertama ke Turki, UK, Langkawi, Mesir, France...sayonara

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.