https://critoxium.com/shop/

Terkini

Kusutnya pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM

Makin hari makin kusut nampaknya hal Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ini. Maknanya makin hari makin rakyat hilang kepercayaan kepada institusi pencegahan rasuah.

Sekarang Tan Sri Mahiaddin Md Yassin (PM8) kata bukan aku yang lantik, yang cadang nama adalah Ketua Setiausaha Negara (KSN). Secara bacaan kasar teks undang-undang, kenyataan itu adalah benar.

Sebab yang melantik Ketua Pesuruhjaya (KP) SPRM adalah Yang di-Pertuan Agong (YDPA). Tetapi, bacaan halus adalah YDPA bertindak atas nasihat PM8.

Perkara 40(1A) Perlembagaan menyatakan “(1A) Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini atau undang-undang persekutuan, jika Yang di-Pertuan Agong dikehendaki bertindak mengikut nasihat, atas nasihat, atau selepas menimbangkan nasihat, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menerima dan bertindak mengikut nasihat itu.

Nasihat PM kepada YDPA umumnya akan mengikat YDPA. YDPA jarang benar menolak nasihat PM kecuali ada sebab tertentu seperti YDPA menolak nasihat PM8 untuk isytihar darurat dahulu.

Nampak gaya komennya seperti PM8 menyesal melantik KP SPRM ini. Kita pun tidak tahu apa niat hatinya.

Tetapi selaku PM8 sewajibnya beliau menyedari posisi KP SPRM adalah penting dan harus dilihat masalah yang bakal berlaku jika orang itu dilantik.

Tun Dr Mahathir Mohamad (PM7) dahulu melantik KP SPRM orang dari luar organisasi SPRM. Memang pada awal nampak canggung tetapi orang luar itu tidak membawa baggage yang sedia ada.

Kalau boleh wartawan tanya juga PM7 kenapa beliau melantik orang luar organisasi supaya kita dapat pelajari sesuatu.

 

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.