https://critoxium.com/shop/

Terkini

Tak minat parti Zuraida, Ahli Parlimen Lubok Antu mohon sertai PRS 3 bulan lalu


PETALING JAYA: Ahli Parlimen Lubok Antu, Jugah Muyang tidak berminat dengan Parti Bangsa Malaysia (PBM) kerana beliau sudah memohon untuk menyertai Parti Rakyat Sarawak (PRS) di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) tiga bulan lalu.

Ahli Parlimen bebas itu mengakui dipelawa oleh pengganti presiden PBM, Zuraida Kamaruddin untuk menyertai parti itu.

“Tetapi disebabkan dari awal lagi saya tetap dengan pendirian untuk menyokong parti tempatan di Sarawak, jadi fokus saya adalah menyertai parti tempatan.

“Saya sudah menyatakan sokongan untuk menyokong parti tempatan, iaitu komponen GPS. Saya serah kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukannya, saya harap permohonan saya diterima,” katanya kepada FMT.

Jugah berkata, beliau memilih PRS kerana Parlimen Lubok Antu merupakan kerusi tradisi parti itu dan berharap dapat terus mempertahankannya pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Pada PRU14, Jugah yang bertanding sebagai calon bebas, memenangi kerusi Lubok Antu dengan kelebihan 1,059 undi.

Beliau menyertai PKR pada Mei 2018, sebelum meninggalkan parti itu pada Jun 2020 dan menjadi Ahli Parlimen bebas sehingga kini.

Semalam, Zuraida dilaporkan mempelawa Jugah untuk menyertai parti baharu itu yang kini mempunyai 190 bahagian di seluruh negara, selepas beliau dan Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat dikhabarkan akan berhijrah kepada PBM.

 

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.