Konvensyen PN pada 27 Ogos
PETALING JAYA: Perikatan Nasional (PN) akan menganjurkan konvensyen gabungan itu pada 27 Ogos ini.
Pengerusinya, Muhyiddin Yassin berkata, konvensyen itu juga bersempena sambutan ulang tahun kedua PN.
Bercakap selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi PN malam
tadi, katanya, mesyuarat itu yang turut dihadiri presiden parti komponen
dan ahli Majlis Tertingginya, membincangkan persiapan penting bagi
menghadapi pilihan raya umum ke-15.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.