https://critoxium.com/shop/

Terkini

Beginilah Orang Pas Oi!


Oleh Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi
 
Ada orang Pas tanya, apa Bang Mat buat semasa jadi Menteri Pertahanan terhadap masalah projek kapal tempur pesisir tu? Bang Mat mula jadi menteri pada Mei 2018. Kerajaan PH jatuh pada Februari 2020. 
 
Beginilah wahai orang Pas. Projek LCS ni projek sakit. Sakit tenat bro. Punca sakitnya ialah kecuaian dua orang Menteri Umno sebelum Bang Mat. Orang Pas kenal parti Umno kan? Eleh… Umno yang bagi 90 juta kepada Pas tu. Takkan tak kenal?
 
Projek sakit perlu diubati sehingga sembuh. Macam orang juga, jika sakit mana boleh suruh buat kerja. Projek ini ditangguh. Tangguh tu untuk hantar projek ni masuk hospital pakar, bukan klinik desa. Setakat ni faham?
 
Sakitnya projek ini teruk. Antara sakitnya ialah kanser reka bentuk. Reka bentuk akhir kapal tak siap. Antara puncanya, krisis antara kemahuan menteri Umno (ingat, menteri Umno ye…) dan kemahuan tentera selaku pengguna terakhir. Sampai hari ni, reka bentuk tak siap-siap juga.
 
Reka bentuk kapal perang bukan boleh suruh lebai yang buat replika kapal dengan poster Pas tu buat. Kena serah kepada syarikat bertauliah. Masalahnya, kontraktor yang nak bina kapal tak bayar kepada syarikat pereka bentuk dan pihak pelulus reka bentuk. RM198 juta bro!
 
Itu antara sakit projek ini yang teruk. Ada lagi sakit kudis, bisul, kuku menanah, telinga masuk air… tapi semua tu sakit kecil saja. Tapi kalau campur semua sekali, teruk juga. Sakit teruk kena berubat dengan doktor pakar, bukan boleh jumpa lebai bomoh.
 
Jadi kerajaan PH tubuh jawatankuasa untuk diagnos penyakit. Kena x-ray, kena MRI, kena cucuk sana cucuk sini. Nak bagi ubat orang sakit teruk, bukan boleh main bagi saja. 
 
Ketua doktor pakarnya ialah ketua audit negara. Pasukan doktor pakar ni dah bentang kepada PM dan kementerian pertahanan jenis penyakit, cara berubat dan rawatan yang patut diberi.
 
Antara ubatnya ialah dakwa pesalah laku, rombak syarikat yang nak bina kapal dan cari dana untuk teruskan projek sakit itu. Tengah-tengah dok buat semua tu, kerajaan jatuh dan Bang Mat tak jadi menteri dah.
 
Habis setakat tu lah. Nak buat macam mana lagi. Aku tulis ni cara mudah nak bagi lebai faham. Lebai yang cerdik boleh download laporan audit dan baca satu persatu. Kalau baca laporan audit tak faham, rendam dak pun rebus, minum air.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.