https://critoxium.com/shop/

Terkini

Kadir Jasin ingatkan PM 'penangan' banjir 2014 terhadap Najib


Tokoh Wartawan Negara, A Kadir Jasin mengingatkan Ismail Sabri Yaakob mengenai kekalahan kerajaan pimpinan bekas perdana menteri, Najib Razak pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2018.

Bekas ahli majlis pimpinan tertinggi Bersatu itu berharap Ismail tidak mengikut gesaan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi supaya PRU15 diadakan secepat mungkin, meskipun dalam musim tengkujuh.

"Kita harap Ismail Sabri tidaklah gung-ho (keterlaluan) macam Ahmad Zahid dan konco-konco dia yang mahu pilihan raya cepat semata-mata kerana nak selamat.

"Dia perdana menteri, dia tak ada kes prima facie dan dia bertanggungjawab kepada negara dan rakyat jelata. Kalau rakyat menderita atau terkorban kerana banjir sebab kerajaan sibuk dengan pilihan raya, bukan Ahmad Zahid yang tanggung tapi dia.

Gambar Hiasan

"Jangan lupa penangan banjir 2014/15 terhadap Najib dalam PRU lalu. Dengan adanya media sosial, orang ramai tak mudah lupa," katanya dalam satu hantaran di Facebooknya, semalam.

PRU14 pada 2018 menyaksikan Umno BN yang berkuasa sejak merdeka tumbang di tangan Pakatan Harapan.

Empat tahun sebelum itu, Malaysia mengalami kejadian banjr terburuk dalam sejarah apabila lebih 300,000 orang dipindahkan.

Baru-baru ini, timbalan presiden PKR, Rafizi Ramli juga mengaitkan kejadian banjir di selatan Amerika pada 2004 sebagai antara punca kekalahan George W Bush pada pilihan raya presiden Amerika, empat tahun selepas itu.

Semalam, ketika pelancaran Jentera Pilihan Raya Pemuda BN, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN menyatakan kesediaan untuk meredah banjir sekiranya PRU15 diadakan tahun ini.

Mengulas lanjut Kadir berkata, Ahmad Zahid bukan perdana menteri, sebaliknya hanya ‘tertuduh di yang memiliki prima facie' di mahkamah.

"Tetapi tentulah dia bercita-cita jadi perdana menteri selepas pilihan raya ini. Cuma kuasa cadang bubar parlimen di tangan Ismail Sabri. Sebab itu Ahmad Zahid asak dia bertubi-tubi.

"Kita, rakyat jelata pun hendak pilihan raya juga. Tapi tidaklah sampai menyabung nyawa meredah banjir.

"Kita mahu pilihan raya sebab kita hendak pilih kerajaan yang sah macam dalam PRU Ke-14 lalu.

“Cukuplah dua kerajaan dan dua perdana menteri yang masuk tak ikut pintu belakang. Tapi janganlah buat pilihan raya walaupun tahu ribut, taufan dan banjir besar akan melanda," katanya.

 

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.