https://critoxium.com/shop/

Terkini

Gandingan Shahrizat-Mahdzir, tenaga muda suntik semangat baru Umno

 


PETALING JAYA: Penganalisis menyifatkan Umno mungkin cuba membawa “suntikan berbeza” dengan melantik bekas pemimpin utama seperti Shahrizat Jalil dan Mahdzir Khalid ke barisan pimpinan walaupun tewas pada pemilihan 18 Mac lalu.

Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia berkata proses pengukuhan parti mungkin boleh disokong menggunakan pengalaman luas kedua-duanya sebagai bekas ketua Wanita dan naib presiden digabungkan tenaga muda seperti Azalina Othman Said serta Asyraf Wajdi Dusuki.

“Lantikan itu bagi Umno bergerak ke hadapan berdasarkan pengalaman kedua-duanya.

“Ia juga melengkapi antara golongan lama dan baharu dalam proses pengukuhan parti, barangkali inilah pemimpin perlu dikekalkan supaya Umno dapat bawa suntikan berbeza,” katanya kepada FMT.

Azalina, bekas ketua puteri Umno diangkat sebagai ketua penerangan manakala Asyraf diumum setiausaha agung oleh Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi. Shahrizat serta Mahdzir pula dilantik ahli Majlis Kerja Tertinggi.

Azalina dan Mahdzir tewas untuk pemilihan naib presiden manakala Shahrizat gagal dalam usahanya kembali memimpin Wanita Umno. Beliau kalah kepada penyandang Noraini Ahmad.

Asyraf pula tidak mempertahankan jawatan ketua Pemuda Umno untuk memberi laluan kepada pemimpin baharu.

Azmi Hassan dari Akademi Nusantara pula mengakui faktor Najib Razak dan Zahid sebagai sekutu menyebabkan lantikan dalam barisan pimpinan Umno pasca pemilihan dilihat untuk menyenangkan hati penyokong bekas perdana menteri itu.

Menurutnya, ia mungkin dapat memanfaatkan sentimen Najib masih relevan susulan pendakwaan ke atasnya yang semakin ketara dilihat sebagai pendakwaan politik susulan beberapa perkembangan baharu termasuk berkaitan hakim mengadili kesnya.

“Jadi isu ini menjadikan Najib masih relevan bukan sahaja di kalangan penyokongnya tetapi di luar lingkungan, mereka lihat Najib dianiayai dan tidak dapat keadilan sewajarnya,” katanya.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.