https://critoxium.com/shop/

Terkini

Jangan guna surau, masjid pentas kempen PRN, titah Sultan Selangor

 


PETALING JAYA: Sultan Selangor menitahkan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) terus mengeluarkan arahan dari semasa ke semasa melarang ahli politik menggunakan surau atau masjid sebagai pentas berceramah dan berkempen menjelang pilihan raya negeri.

“Beta menyeru semua pihak mengambil bahagian di dalam pilihan raya nanti agar mematuhi peraturan sedia ada dan saling menghormati satu sama lain.

“Ingatlah, tingkah laku orang politik semasa tempoh kempen akan disaksikan dan dinilai oleh rakyat sebelum mereka membuat pemilihan,” kata Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena pembukaan mesyuarat pertama penggal ke-6 Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Sultan Sharafuddin sebelum ini berulang kali memberi peringatan kepada ahli politik agar memastikan masjid dan surau bebas unsur politik yang boleh memecah-belahkan perpaduan dan keharmonian umat Islam.

Baginda menegaskan masjid dan surau tidak seharusnya menjadi punca kepada perbalahan dan sengketa, yang akhirnya membina jurang pemisah dalam kalangan umat Islam atas dasar perbezaan fahaman politik dan dendam yang tiada kesudahan.

“Ini berlaku lantaran terdapat penceramah tertentu ketika memberikan ceramah di masjid dan surau mengambil kesempatan menyindir, menghina, mencaci malah memfitnah pihak dan golongan tertentu atas sebab fahaman politik.

“Beta amat bimbang budaya sebegini tidak dibendung akan terus memecahkan umat Islam khususnya orang Melayu,” katanya.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.