https://critoxium.com/shop/

Terkini

Zahid sedia disiasat SPRM berhubung sumber dana UMNO


Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyatakan kesediaan untuk disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung sumber dana parti itu.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata beliau bersifat terbuka kerana beliau sebelum ini pernah disiasat SPRM.

“Saya sentiasa terbuka. Saya sendiri pernah disiasat…dibawa ke mahkamah dan saya bersedia pada bila-bila masa, tetapi janganlah menepuk air di dulang, tentu muka kita terpercik…jadi (Tan Sri Muhyiddin Yassin) hadapilah apa-apa yang patut dihadapi. 

Saya telah pun hadapi (siasatan sebelum ini) saya ucapkan selamat berjaya pada beliau (Muhyiddin),” kata beliau kepada pemberita selepas majlis pengenalan calon-calon Naib Presiden dan Majlis Kerja Tertinggi sempena Pemilihan UMNO sesi 2023-2026 di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat, di sini hari ini.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Presiden Bersatu itu yang menggesa agar SPRM menyiasat Ahmad Zahid dan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai sumber dana parti politik mereka masing-masing.

Muhyiddin, ketika menyampaikan ucapan dasar ketika Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu hari ini, dipetik sebagai berkata beliau membuat gesaan itu untuk memastikan siasatan sumber dana politik dibuat secara adil dan sama rata dan bukan beliau seorang sahaja yang patut didakwa di mahkama

 

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.