https://critoxium.com/shop/

Terkini

kwsp ialah sebagai Simpanan Hari Tua.


Oleh Che Ibrahim Mohammad

Puak yang dok bising pasal kwsp tu ialah yang sengaja nak cari isu suruh rakyat marah ke kerajaan. 

Mereka pun tahu tujuan ditubuhkan kwsp ialah sebagai Simpanan Hari Tua.

Dulu dulu kita buat Akta paksa semua pekerja menabung untuk simpanan hari tua, hari ini mereka pula menghasut rakyat pecahkan tabung simpanan hari tua kononnya untuk keperluan semasa yang terdesak.

Bab duit ni takdak sapa yang tak mahu, apalagi bila simpanan itu hak mereka. Namun hak Wang simpanan kwsp bukan hak mutlak @ bukan milik sempurna sebab belum sampai masanya. Sebab itu Wang kwsp tidak dikenakan Zakat ke atas pencarum kerana Wang tersebut masih bukan milik mereka.

Malangnya kita hari ini mempunyai pemimpin pembangkang yang kecewa. Mereka sanggup guna apa saja untuk hasut rakyat membenci kerajaan walaupun mereka tahu perbuatan tersebut melanggar prinsip asas mengapa kwsp diwujudkan.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.