https://critoxium.com/shop/

Terkini

Pembangkang Tidak Ada Idea.


Oleh Mohd Sayuti Omar

Ahli parlimen pembangkang bertindak keluar dewan hari ini apabila permintaan mereka agar usul pengeluaran wang KWSP bersasar dibahaskan ditolak oleh timbalan speaker.

Tindakan itu sebagai memprotes keengganan membenarkan usul itu dibahas. Langkah meninggal dewan adalah tindakan terdesak dan menunjukkan pembangkang tidak komited dengan dewan dan cuba cari populis daripada rakyat.

Jika mereka komited dan benar² ingin membantu rakyat sepatutnya mereka kemukakan idea dan juga cadangan bagaimana untuk bantu rakyat dengan cara lebih munasabah bukan dengan cara korek poket sendiri.

Jadi apabila mereka beriya agar wang KWSP dikeluarkan nampak sangat kedangkalan mereka berfikir dan kekeringan idea. 

Disaat semua negara lain sudah pun menghentikan pengeluaran KWSP apabila pandemik sudah berakhir pembangkang masih berada ditahap lama mengambil pemikiran Mahiaddin Yassin agar wang simpanan masa depan rakyat dikeluarkan. Trims

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.