https://critoxium.com/shop/

Terkini

Mengapa Kalimah Allah Menjadi Polemik Di Malaysia ,Tapi Tidak Di Negara Lain ?


Kalimah Allah telah digunakan secara meluas samada dalam sebutan, percakapan, amalan atau penulisan tanpa mengira batas agama yang dianuti. Ianya telah digunakan semenjak beribu ribu tahun yang terdahulu. 

Dalam Surah Al Zumar ayat 3, Allah swt berfirman:
والذين اتخذوا من دونه اولياء ما نعبدهم الا ليقربونا إلى الله زلفى
( Dan mereka (orang orang bukan Islam) yang menjadikan selain dari ALLAH sebagai sembahan mereka, mereka mengaku sekali kali mereka tidak menyembah berhala/sembahan itu kecuali untuk mendapat syafaat serta mendekatkan diri mereka kepada ALLAH)

Ayat ini secara nyata mengisyaratkan semua makhluk yang melata atas muka bumi ini mengaku wujudnya Allah kecuali segelintar masyarakat yang disebut sebagai etheis. Tapi malangnya mereka tidak mendapat petunjuk/hidayah untuk menemui Allah yang Esa, lalu mereka mengadakan berbagai bagai sembahan lain sebagai laluan pengabdian mereka kepada Tuhan yang sebenar. 

Walaubagaimana di segi theologi, Islam, Kristian dan Yahudi berkongsi Tuhan yang sama iaitu Allah atau lebih dikenali sebagai Agama Samawi @ Agama Langit sebagai Tuhan yang Satu, namun ajaran mereka terdedah kepada berbagai penyelewangan dan penambahan disebabkan oleh 2 faktor utama;

1. Mereka mengubah kitab kitab suci mereka (Bible/Injil, Taurat dan Zabur) mengikut tafsiran dan kehendak paderi/rahib mereka sehingga banyak syariat syariat Allah dalam kitab kitab tersebut telah diubah, dipinda dan diselewengkan.

2. Mereka menolak kerasulan Muhammad saw sebagai Rasul yang terakhir sekaligus memansuhkan semua syariat agama samawi yang terdahulu. 

Bila ada kefahaman bahawa kalimah Allah dan beberapa kalimah lain tidak wajar digunapakai dalam apa apa bentuk oleh penganut agama lain kerana ianya menjadi milik mutlak ummat Islam, maka ianya telah mencetuskan satu polemik baru dalam masyarakat yang mewajarkan kerajaan bertindak segera bagi menyelesaikan salah faham ini.

Setakat ini larangan penggunaan kalimah Allah dan beberapa kalimah lain seperti kaabah dll hanya terhad kepada bahan penulisan/cetakan agama Kristian dalam versi Bahasa Malaysia, kalau nak cetak juga, mesti ditulis "UNTUK KEGUNAAN PENGANUT KRISTIAN SAHAJA".

Malangnya Pekeliling ini telah dimenipulasikan sebagai satu larangan mutlak ke atas orang bukan Islam dalam menggunakan kalimah Allah seolah olah orang bukan Islam termasuk penganut Kristian dan Yahudi tidak boleh sama sekali menggunakan kalimah Allah dalam apa apa bentuk sekalipun....satu kefahaman yang bahaya kepada toleransi beragama jika tidak dibendung dari awal!! (FB Che Ibrahim Mohamed)

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.