https://critoxium.com/shop/

Terkini

'40 peratus subsidi dinikmati orang kaya'

 


PUTRAJAYA: Sekurang-kurangnya 40 peratus subsidi yang disalurkan oleh kerajaan kepada rakyat dinikmati oleh golongan kaya, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, perkara itu dibentangkan kepadanya oleh Jawatankuasa Penasihat Kepada Kementerian Kewangan pada Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) hari ini.

"Penjimatan ini perlu kerana dalam kajian dibentangkan jawatankuasa penasihat kewangan tadi, sekurang-kurangnya 40 peratus subsidi ini sampai kepada golongan kaya.

"Saya masih tidak faham kenapa kita nak pertahankan (pemberian subsidi kepada golongan kaya)," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MTEN di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Anwar berkata yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan tidak berganjak dengan pendirian untuk mengurangkan subsidi bagi golongan kaya, seperti mana rasionalisasi yang dilaksanakan pada Tabung Haji (TH) dan tarif elektrik.

"Ini selari dengan tindakan kita sebelumnya dalam soal tarif elektrik yang disambut baik walaupun cuba dipermainkan oleh setengah pihak, kerana tarif elektrik ini naik hanya bagi syarikat besar dan bagi rumah golongan kaya di peringkat teratas.

"Ia tidak langsung membebankan rakyat, berbeza dengan cadangan kerajaan terdahulu, yang mahu menaikkan kadar elektrik bagi semua," katanya.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.