Anak lelaki risau tahap kesihatan Aung San Suu Kyi di penjara
LONDON: Kim Aris, anak lelaki kepada bekas pemimpin Mynmar, Aung San Suu Kyi meluahkan kebimbangannnya berhubung kesihatan ibunya yang kini dalam tahanan.
Ini kerana, dakwa Aris, ibunya yang dipenjara selama lebih dua tahun dinafikan akses kepada doktor luar selepas mengalami pening dan muntah. Suu Kyi yang berusia 78 tahun juga didakwa mengalami penyakit gusi yang serius.
“Saya sangat bimbang dengan keadaan ibu. Dia sudah berusia 78 tahun, tidak sekuat dahulu. Beliau tidak boleh makan menyebabkan keadaannya semakin tidak baik,” tegas Aris.
Aris yang tinggal di kota London turut memaklumkan tidak dapat menghubungi ibunya sejak dia ditahan.
“Tidak ada cara untuk berkomunikasi dengannya. Dari segi penjagaan pun dia tidak dibenarkan. Dia tidak dibenarkan bertemu peguam dan pelawat. Dia tidak dibenarkan bergaul dengan banduan lain. Ini setakat yang saya tahu seolah-olah ada bilik sel sendiri,” dedah Aris lagi.
Suu Kyi telah memenangi pilihan raya pada 2015, yang diadakan sebagai sebahagian daripada tentatif reformasi ketenteraan dan partinya menang sekali lagi pada 2020.
Tentera kemudian menggulingkan dan menangkap Suu Kyi pada Februari 2021, dengan dakwaan berlaku penyelewengan dalam pilihan raya.
Suu Kyi yang juga penerima Hadiah Nobel Keamanan berdepan penjara selama 27 tahun berkaitan 19 kesalahan jenayah.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.