https://critoxium.com/shop/

Terkini

Jangan permainkan isu Palestin untuk kepentingan politik, kata PM


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Anwar Ibrahim menggesa semua pihak tidak mempermainkan isu Palestin untuk kepentingan politik.

Beliau berkata, kerajaan berpendirian rakyat Palestin perlu diberi keadilan setimpal mengikut undang-undang antarabangsa.

“Inilah suara demokrasi sebenar. Tak usahlah dipolitikkan. Masing-masing ada perbezaan cara tindakan.

“Jangan anggap isu ini boleh dipermainkan untuk dapatkan kepentingan politik,” katanya pada waktu pertanyaan perdana menteri di Dewan Rakyat.

Anwar menjawab pertanyaan Suhaizan Kayat (PH-Pulai) yang memintanya memaklumkan sama ada kerajaan mempunyai usaha tambahan dalam isu Palestin.

Dalam pada itu, Anwar berkata Malaysia tidak akan tunduk atau gentar dengan ugutan atau amaran daripada mana-mana pihak berhubung isu Palestin.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.