Antara strategi dagang dan kedaulatan ekonomi
Oleh AHMAD FAIZUDDIN
PERJANJIAN Timbal Balas Malaysia–AS (ART) bermula daripada isu defisit imbangan perda- gangan Amerika Syarikat (AS).
Washington mahu mengurangkan jurang defisit tersebut dengan mengecilkan perbezaan antara eksport dan im portnya.
Selama ini, Malaysia menikmati lebihan per dagangan yang besar dengan AS. Secara mu dah, Malaysia banyak mengeksport baran gan ke AS berbanding mengimport dari negara itu.
Eksport kita jauh lebih tinggi daripada import, lalu menyebabkan defis- it kepada AS.
Presiden Donald Trump tidak berpuas hati dengan keadaan itu. Maka, beliau meng umumkan “Reciprocal Tariff” berskala global — hampir semua negara terkesan, termasuk Ma laysia. Inilah hakikatnya.
Kehadiran AS ke Malaysia sempena Sidang Kemuncak ASEAN ba- ru-aru ini turut memba- wa misi untuk menyele- saikan isu perdagangan tersebut.
AS datang dengan satu tujuan: Malaysia mesti membeli lebih banyak barangan daripada mer- eka bagi memastikan perdagangan dua hala menjadi lebih seimbang dan adil.
Namun, apa reaksi Malaysia?
Adakah kita berdegil dan melawan? Atau berunding dan mengimbangi? Atau bi- jak menyusun strategi? Kalau mengikut de- sakan sesetengah ne- tizen dan penyokong Perikatan Nasional (PN), Malaysia kononnya per- lu menentang dan me- nolak tuntutan AS serta kekal dengan status quo. Namun, apa akan ber- laku jika kita benar-be- nar memilih untuk ber- degil dan bertindak balas?
Tunjuk komitmen Pilihan terbaik ialah menunjukkan komitmen untuk membeli lebih banyak barangan dari AS tetapi bukan secara membuta tuli. Pembeli- an itu dilakukan secara strategik agar men- datangkan pulangan ekonomi.
Contohnya, Petronas membeli LNG (gas asli cecair) dalam jumlah lebih besar daripada AS untuk memenuhi kon- trak dagangan dengan pelbagai negara lain. Beli dari AS, kemudian jual semula di pasaran antarabangsa. Dalam erti kata lain, Malaysia menjadi “pengedar sah” LNG dari AS, sambil meraih keuntungan dar- ipada transaksi tersebut. Jadi, mengapa perlu panik? Ini urusan perni- agaan, bukan “bayaran ufti” atau wang perlind- ungan.
Petronas membeli bekalan LNG, kemudian menjualnya semula. Apa yang penting ialah ke- bijaksanaan meneroka pasaran baharu untuk mengukuhkan kedudu- kan perniagaan.
Dengan langkah ini, AS berpuas hati kerana Malaysia menunjukkan komitmen membeli dar- ipada mereka.
Sebagai balasan, mer- eka lebih terbuka untuk melabur di Malaysia, apatah lagi selepas sta- tus negara ini dinaikkan kepada Rakan Strategik Komprehensif (Compre- hensive Strategic Part- ner).
Malaysia berjaya me nembusi rantaian beka- lan global dan menjadi sebahagian daripada ekosistem perdagangan yang penting.
Apakah maksudnya?
Negara lain yang ingin meneroka pasaran AS boleh menjadikan Ma- laysia sebagai hab uta- ma pelaburan dan ek sport.
Dengan melabur dan berniaga di Malaysia, mereka lebih mudah menembusi pasaran AS kerana kedudukan strategik Malaysia yang diiktiraf.
Kelebihannya jelas. Lebih banyak pelaburan akan masuk, bukan sa haja dari AS, tetapi juga dari pelbagai negara lain yang mahu meman faatkan kelebihan ini. Prinsip dipertahan Walaupun terbuka ke pada kerjasama, Malay sia tetap tegas dengan beberapa garis merah (red lines) yang menjadi identiti dan prinsip negara.
Ini antaranya, peraturan halal, yang mesti dihormati; perolehan kerajaan yang kekal mengikut dasar tempa tan serta sumber nadir bumi (REE) yang wajib diproses di dalam neg ara, bukan dieksport mentah.
Tujuannya jelas supaya teknologi pemprosesan dapat dibangunkan di Malaysia, tenaga ker- ja tempatan mendapat manfaat, dan rakyat menguasai kemahiran serta kepakaran baharu.
Malaysia tidak mahu menjadi seperti nega ra-negara Afrika yang hanya mengeksport bahan mentah dan me nikmati keuntungan se mentara.
Kita memahami baha- wa ekonomi bukan seka dar soal keuntungan, tetapi juga soal pem- bangunan manusia dan keupayaan berdikari di masa hadapan.
Oleh itu, bagi yang mendakwa RM1 trilion ‘hilang’, itu adalah keke liruan besar.
Nilai tersebut bukan bayaran ‘ufti’ kepada AS, tetapi jumlah kes eluruhan transaksi per dagangan antara syari kat-syarikat Malaysia dan Amerika Syarikat.
Itu nilai transaksi jual beli. Kita bayar, kita dapat barang. Barang itu kita niagakanlah semula bukan simpan sampai reput





Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.