Ghazala Hashmi wanita Muslim pertama dipilih Timbalan Gabenor Virginia
VIRGINIA: Ghazala Hashmi mencipta sejarah apabila memenangi pilihan raya bagi jawatan Timbalan Gabenor Virginia, menurut badan pemantau pilihan raya, Decision Desk HQ.
Kemenangan itu menjadikan beliau individu Muslim dan berketurunan India pertama memenangi jawatan peringkat negeri di negeri selatan Amerika Syarikat (AS) itu.
Selain itu, Hashmi turut mencatat sejarah sebagai wanita Muslim pertama dalam sejarah AS yang dipilih ke jawatan kerajaan peringkat negeri.
"Tahniah kepada Ghazala Hashmi atas kemenangan bersejarahnya dan menjadi Muslim pertama yang dipilih sebagai Timbalan Gabenor Virginia!"
"Ia menjadi detik membanggakan bagi Virginia dan semua yang mempercayai AS sebagai negara yang meraikan kepelbagaian, khidmat serta keadilan untuk semua."kata Pengarah Majlis Hubungan Amerika-Islam (CAIR), Nihad Awad, dalam satu hantaran di media sosial.
Hashmi, yang mula menceburi dunia politik dan dipilih sebagai Senator Negeri Virginia pada 2019, menewaskan pencabarnya daripada Parti Republikan, John Reid, dalam pilihan raya yang berlangsung semalam.





Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.