https://critoxium.com/shop/

Terkini

Kita Sedia Atau Tidak Hadapi Dunia Yang Semakin Sukar?


Oleh Firdaus Shater

Ramai dok sindir bila Datuk Seri Mohamad Sabu suruh tanam sayur kat rumah. Ada yang gelak, ada yang perli, konon itu tanda kerajaan tak mampu urus isu makanan.

Terus terang cakap, bukan sebab cadangan tu pelik. Tapi sebab ada orang memang tak nak faham.

Tanam sayur ni bukanlah penyelesaian semua masalah. Bukan suruh semua orang jadi petani pun. Itu cuma salah satu cara untuk kita kurangkan bergantung sangat pada barang luar.

Sekarang ni dunia bukan macam dulu. Tengah tegang dengan konflik Asia Barat. Bila jadi macam ni, harga minyak naik, kos angkut barang naik, barang pun jadi mahal. Bila sana kacau, sini pun rasa tempias.

Jadi logiknya, boleh ke semua benda kita nak harap kerajaan saja?

Kerajaan memang ada kerja dia. Kena jaga bekalan, bantu petani, kawal harga, cari sumber import lain. Itu semua memang tanggungjawab kerajaan.

Tapi kita sebagai rakyat, takkan nak duduk tunggu saja?


Kalau ada tanah sikit tepi rumah, tanam lah cili, kangkung, sawi. Bukan susah pun. Dapat juga guna sendiri. Kurang sikit beli kat kedai. Bila ramai-ramai buat, sikit-sikit jadi banyak.

Masalahnya sekarang, ada jenis yang kuat cakap tapi tak faham apa-apa. Nak semua murah, tapi tak fikir kos naik. Ada yang hidup senang, tapi suka perlekeh usaha kecil orang lain. Disuruh buat benda mudah pun malas.

Ini bukan soal tanam sayur semata-mata. Ini soal kita bersedia atau tidak kalau keadaan jadi lagi teruk.

Kalau semua benda nak tunggu kerajaan suap, memang susah. Bila dunia betul-betul bergolak nanti, kita juga yang akan terasa kesannya.

Jadi sebelum nak perli, fikir dulu.

Benda mudah macam ni pun kalau tak boleh buat, jangan sembang besar pasal nak selesaikan masalah negara.


 

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.