PN mesyuarat 14 Mac di tengah spekulasi calon ketua pembangkang
Perikatan Nasional (PN) akan mengadakan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) pada 14 Mac ini, di tengah-tengah spekulasi mengenai calon ketua pembangkang serta dakwaan penyertaan parti politik baharu dikaitkan dengan Hamzah Zainudin.
Timbalan Setiausaha Agung PN, Takiyuddin Hassan, berkata mesyuarat itu dijadualkan bermula 11 pagi.
“Notis mesyuarat telah pun dikeluarkan kepada semua ahli MT,” katanya pada sidang media di Parlimen.
Mesyuarat itu diadakan ketika kedudukan Hamzah sebagai ketua pembangkang terus menjadi perdebatan dalam kalangan pimpinan dan akar umbi PN.
Hamzah dipecat Bersatu 13 Feb lalu, ketika kemuncak kemelut kepimpinan dengan Presidennya, Muhyiddin Yassin.
Sebelum ini, FMT melaporkan Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz, menggesa Hamzah meletak jawatan susulan dakwaan MT PN bersetuju jawatan itu dikosongkan.
Tetapi, laporan Utusan Malaysia memetik sokongan 13 Ahli Parlimen Bersatu mahu Hamzah kekal sebagai ketua pembangkang.
Terdahulu, Pengasas Parti Keluarga Malaysia, Khairi Jaya dilaporkan berkata, perbincangan diadakan sebanyak dua kali dan Hamzah 90% sudah pasti mengambil alih parti itu.




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.