https://critoxium.com/shop/

Terkini

Aktifkan Misi Bantuan Mangsa Banjir Pulau Pinang


Banjir kilat yang melanda Pulau Pinang dan beberapa kawasan Selatan Kedah menuntut semua pihak saling bekerjasama menghulur bantuan kepada mangsa yang terjejas dan sangat memerlukan ketika ini.

Sehubungan itu, saya mengarahkan kepada semua ahli dan penyokong Parti Amanah Negara (AMANAH), khususnya pasukan sukarelawan ARiF menggerakkan pasukan bantuan semaksimum mungkin pada kadar segera dengan bekerjasama penuh dengan agensi kerajaan Negeri dan Persekutuan.

Saya juga telah menghubungi AMANAH Negeri Pulau Pinang dan Biro Kebajikan, Kemanusiaan dan Bencana Alam Nasional bagi menyelaraskan gerak kerja misi bantuan ini. Sehingga kini, saya dimaklumkan bahawa AMANAH telah membuka Bilik Gerakan Banjir di Dewan JKKK Sungai Dua dan Pusat Khidmat KADUN serta bantuan kepada mangsa banjir sedang giat dijalankan oleh petugas AMANAH.

Saya mendoakan agar mangsa-mangsa yang terlibat tabah menghadapi ujian ini dan kerja-kerja bantuan dapat dijalankan dengan baik.
Terima kasih.
MOHAMAD SABU
Presiden
Parti Amanah Negara
Bertarikh pada 5 November 2017.
...........................................................................
Bagi yang ingin menghulurkan bantuan, boleh menghubungi nombor-nombor berikut :-
Sungai Dua
📞 0194153850 (Hj Taupek)
📞 0134705622 (Zahar)
📞 0134881601 (Fahmi)
📞 0194105999 (Rosli)
Permatang Pasir
📞 0163429696 (Mohd Azhar)
📞 0192746671 (Faiz Fadhil)
📞 0124412882 (Pak Su Man)
Pusat Operasi Bencana Alam KKBA Nasional
📞 0186645036 (Rayme)
📞 0132828405 (Halim)
📞 0145095899 (Muhaimin)
_Alamat : No 44,Jln 35/91 Persiaran Tun Teja, Alam Impian, Seksyen 35, Shah Alam.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.