Bola Sepak Antara Globalisasi Dan Asabiyah Primitif
Oleh Haris Zalkapli
Kata Ian Buruma, stadium bola sepak ialah satu medan yang masih boleh, dengan had tertentu, membenarkan sentimen perkauman dan pelbagai emosi primitif dizahirkan. Berdasarkan pengalaman Eropah, menurut pemerhatiannya, bola sepak boleh menjadi medan untuk merasai emosi peperangan, tanpa perlu mati atau cedera yang teruk.
Dalam dunia bola sepak, kapitalisme telah mengatasi semua yang lain, tetapi nasionalisme bola sepak masih menjadi sesuatu yang menjadi penggerak jutaan atau ratusan ribu manusia untuk mengesahkan dan mengukuhkan identiti, nasionalisme dan lain-lain sentimen dan kepentingan.

Apabila menyokong sebuah pasukan bola sepak, biasanya seseorang itu
menunjukkan sentimen kepuakan atau kenegerian terhadap negeri
kelahirannya, walaupun globalisasi telah menentukan yang pasukan bola
sepak negeri perlu wujud sebagai sebuah kelab yang kehidupannya
memerlukan jenama sukan global popular, jurulatih luar negara, dan
pemain-pemain antarabangsa.
Hal ini mudah disaksikan, misalnya apabila peminat-peminat bola sepak mengulas - malah memberikan cadangan terperinci berdasarkan rekod pemain dan keperluan kelab - pemain mana yang perlu dibeli oleh kelab Eropah kesayangannya, menunjukkan penerimaannya terhadap globalisasi dalam dunia bola sepak, tetapi mengecam dan mengejek pasukan negeri lawannya yang mengambil pemain dari luar negeri.
Sokongan berdasarkan sentimen asabiyah mendorong pelbagai bentuk pernyataan untuk menegaskan identiti dan nasionalisme ini termasuk dalam bentuk yang kasar dan primitif seperti yang mudah disaksikan di Facebook. Suasana meriah dan panas sesuatu pertandingan biasa meningkatkan sentimen asabiyah primitif yang menjangkiti sesiapa sahaja termasuk yang lebih liberal dan kosmopolitan.
Dalam kehidupan hari ini, bola sepak masih menjadi satu - dan mungkin satu-satunya - aktiviti yang terus membenarkan dan meraikan asabiyah dan emosi serta tingkah laku primitif yang hampir tidak wujud di medan-medan lain kehidupan manusia masa kini.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.