Menghadapi cabaran media digital
Oleh Zulkefli Hamzah
Ada kesibukan tersendiri di Orchard Road, kawasan beli-belah utama Singapura sejak Rabu lalu (31 Oktober). Tepatnya di gedung Apple, ratusan pencandu teknologi beratur panjang di depan bangunan bernombor 270 ini. Mereka datang dengan persiapan lengkap untuk menginap di depan bangunan ini.

Masing-masing mahu menjadi orang terawal mendapatkan iPhone
X yang secara rasmi mulai dijual serentak pada Jumaat di beberapa buah
negara terpilih. Ini bukan fenomena baharu. Pada September lalu, Apple
di Singapura ini juga diserbu oleh orang ramai yang mahu membeli iPhone
8.
Bagi mereka, tiga hari berkhemah di laluan pejalan kaki Orchard Road berbaloi demi mendapatkan gajet terkini itu. Telefon bimbit bukan lagi soal keperluan komunikasi tetapi melambangkan trend dan status.
Untuk iPhone X harganya bukan calang-calang. Model berkapasiti 64GB djual dengan harga S$1,648 (RM5,100) manakala 256GB berharga S$1888 (RM5,890). Mengikut laporan, pelanggan dari Thailand orang pertama membeli iPhone X di Singapura.
Kebetulan pula sejak 31 Oktober hingga 2 November, komuniti industri media Asia berkumpul di sebuah hotel di jalan yang sama. Saban tahun komuniti ini yang bernaung di bawah Persatuan Penerbit Akhbar dan Berita (Wan-Ifra) akan berkumpul untuk mengikuti perkembangan industri media selain berkongsi pengetahuan dan pengalaman dari seluruh dunia.
Persidangan Digital Media Asia 2017 kali ini lebih fokus ke arah cara menangani peralihan drastik orang dalam mendapatkan maklumat daripada media cetak, TV dan radio kepada digital. Anda dikira lapuk jika masih bergantung kepada akhbar bercetak atau televisyen bukan berdasarkan Internet. Semuanya perlu digerakkan secara dalam talian atau online.
Tiada lagi syarikat yang boleh bertahan dengan model akhbar bercetak sahaja. Ini termasuk berlaku di Indonesia berikutan kenaikan kos. Antara cabaran yang tidak terduga ialah kos penghantaran yang dahulunya menggunakan khidmat penghantar akhbar bermotosikal. Tetapi kini dengan adanya Grab Ojek, mereka memilih beralih pekerjaan kerana lebih menguntungkan daripada menghantar akhbar ke rumah-rumah.
Beralih
Iklan pula semakin berkurangan selain penurunan jumlah pembaca atau penonton berikutan perubahan trend masyarakat dalam mendapatkan berita.
Pembaca akhbar bercetak atau penonton telivisyen semakin berkurangan sama seperti berkurangnya orang pergi ke bank. Modelnya sama ada menyeimbangkan antara edisi cetak dan digital atau beralih terus kepada digital. Kedua-dua model tidak dapat tidak akan memakan korban, yakni pengurangan pekerja termasuk wartawan.
Mengikut kaji selidik Institut Reuters untuk Kajian Kewartawanan, sebanyak 85 peratus pengguna Internet di Malaysia mendapatkan berita dari sumber dalam talian (termasuk media sosial). Sebanyak 45 peratus lagi mendapatkan berita melalui akhbar bercetak manakala televisyen 54 peratus.
Ini menggambarkan trend semasa apabila media arus perdana termasuk televisyen khususnya di Malaysia semakin mengukuhkan kedudukannya dalam platform media sosial masing-masing. Dalam pada itu, penggunaan telefon pintar berbanding tablet dan komputer dalam kalangan rakyat Malaysia untuk mendapatkan berita adalah tinggi iaitu 57 peratus mengatasi Australia (35 peratus), Amerika Syarikat (41 peratus) dan Jepun (36 peratus). Dua negara mengatasi Malaysia ialah Singapura (61 peratus) dan Hong Kong (59 peratus).
Inilah kaitannya dengan fenomena di gedung bernombor 207 di Orchard Road itu. iPhone, adalah antara banyak telefon pintar yang paling diyakini dapat menyediakan keselesaan untuk orang ramai berinteraksi. Telefon bimbit semakin jauh mengatasi penggunaan tablet dan komputer.
Apa juga bahan daripada teks, gambar, grafik bergerak, video sehingga filem boleh dilihat dan dikongsi tanpa ada batas fizikal dan waktu dengan kualitinya seperti nyata di depan mata. Cara pengguna Internet di Malaysia mendapatkan berita tidak banyak bezanya berbanding negara yang dikaji.
Sebanyak 37 peratus mendapatkan maklumat melalui akses terus ke laman sesawang atau aplikasi media terbabit. Sebanyak 51 peratus melalui enjin pencarian manakala 54 peratus daripada media sosial yang diperolehi tanpa dicari. Ini berbeza dengan apa yang berlaku di Korea Selatan umpamanya yang hanya 20 peratus pengguna Internet di negara itu mendapatkan berita melalui media sosial manakala 60 peratus melalui enjin carian.
Secara keseluruhannya dalam kebanyakan negara termasuk di Amerika Syarikat dan United Kingdom, media sosial memainkan peranan utama untuk penyaluran berita. Begitupun bukanlah mudah untuk kekal dalam saingan 'menjual berita' dalam media digital. Selain kandungan perlu kreatif dan inovatif, syarikat media harus bijak menjalin kerjasama dengan sebanyak mungkin pihak terutama yang boleh berkongsi teknologi dan kandungan.
Sebuah syarikat televisyen digital di Thailand yang dianggap popular umpamanya, belum mendapat keuntungan selepas lima tahun beroperasi. Bagaimanapun editornya tetap yakin masa depan yang cerah dalam dunia digital.
Tidak dapat dielak, sebagaimana berlaku di banyak belahan dunia akhbar bercetak di Malaysia pun semakin hilang serinya. Begitupun akhbar dan kewartawanan bersama perjuangannya tidak pernah padam maupun hilang. Ia hanya beralih platform.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.