Surat terbuka kepada warga Batu
Oleh Tian Chua
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan penghalangan secara sengaja, saya tidak boleh mewakili Pakatan Harapan (HARAPAN) untuk bertanding di Pilihanraya Umum Ke-14 yang akan datang untuk mempertahankan P115 Batu, yang merupakan salah satu kerusi Parlimen di mana HARAPAN mempunyai peluang kemenangan yang amat tinggi.
Saya telah menjadi wakil rakyat di kawasan undi Batu selama dua penggal, termasuk tempoh sebelum saya menjadi wakil rakyat, saya telah berkhidmat di kawasan ini melebihi 15 tahun.
Adalah tidak keterlaluan jika dikatakan Batu merupakan kampung kedua bagi saya. Saya dan rakyat di kawasan Batu mempunyai hubungan yang erat. Dalam tempoh 10 tahun saya menggalas amanah besar sebagai wakil rakyat di Batu, kita bersatu hati, bergerak bersama dan bekerjasama dengan baik.
Saya
yakin bahawa selama ini pasukan kami berada di landasan yang betul dan
berkhidmat sedaya upaya untuk kebajikan rakyat di kawasan Batu.
Akan tetapi sekarang disebabkan penghalangan niat jahat SPR, saya buat masa ini tidak boleh berkhidmat untuk rakyat selaku wakil rakyat, tetapi saya tetap akan bersama dengan rakyat di Batu.
Bagi semua pengundi kawasan Parlimen Batu, SPR telah mencuri hak memilih wakil rakyat dengan menggunakan alasan yang tidak munasabah malah mengatasi penghakiman Mahkamah Tinggi serta keputusan Speaker Dewan Rakyat.
Tingkah laku SPR sebegini adalah buruk sekali dan langsung tidak boleh diterima. Hak memilih wakil rakyat pengundi Batu tidak boleh dicuri!
Rakyat kawasan Parlimen Batu tidak boleh menerima SPR menukar calon kita dengan cara sebegini, rakyat kawasan Parlimen Batu tidak boleh menerima Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi kawasan ini dengan cara sebegini, rakyat kawasan Parlimen Batu tidak boleh menerima harapan untuk bertukar kerajaan dicuri dengan cara sebegini!
Oleh yang demikian, saya ingin menyeru kepada semua pengundi kawasan Parlimen Batu supaya menggunakan undi di tangan anda untuk memberitahu BN dan SPR secara jelas dan terang bahawa rakyat kawasan Parlimen Batu tidak akan tunduk kepada penghalangan jahat mereka, rakyat kawasan Parlimen Batu tidak akan membiarkan BN mencuri kerusi ini dan rakyat kawasan Parlimen Batu pastinya tidak akan membiarkan taktik kotor BN dan SPR berjaya!
Oleh sebab itu kita harus tumpukan undi kita kepada calon Kunci. Rakyat kawasan Parlimen Batu akan membawa mesej jelas kepada BN dan SPR bahawa mereka tidak boleh memenangi kerusi kita dengan cara sebegini!
Undi rakyat kawasan Parlimen Batu secara jelas menolak calon BN yang ingin menang dengan menggunakan “pintu belakang”.
TIAN CHUA adalah naib presiden PKR dan penyandang parlimen Batu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan penghalangan secara sengaja, saya tidak boleh mewakili Pakatan Harapan (HARAPAN) untuk bertanding di Pilihanraya Umum Ke-14 yang akan datang untuk mempertahankan P115 Batu, yang merupakan salah satu kerusi Parlimen di mana HARAPAN mempunyai peluang kemenangan yang amat tinggi.
Saya telah menjadi wakil rakyat di kawasan undi Batu selama dua penggal, termasuk tempoh sebelum saya menjadi wakil rakyat, saya telah berkhidmat di kawasan ini melebihi 15 tahun.
Adalah tidak keterlaluan jika dikatakan Batu merupakan kampung kedua bagi saya. Saya dan rakyat di kawasan Batu mempunyai hubungan yang erat. Dalam tempoh 10 tahun saya menggalas amanah besar sebagai wakil rakyat di Batu, kita bersatu hati, bergerak bersama dan bekerjasama dengan baik.
![](https://i.malaysiakini.com/1255/39d37ae35b4dde241a0d53cc002a8eb3.jpeg)
Akan tetapi sekarang disebabkan penghalangan niat jahat SPR, saya buat masa ini tidak boleh berkhidmat untuk rakyat selaku wakil rakyat, tetapi saya tetap akan bersama dengan rakyat di Batu.
Bagi semua pengundi kawasan Parlimen Batu, SPR telah mencuri hak memilih wakil rakyat dengan menggunakan alasan yang tidak munasabah malah mengatasi penghakiman Mahkamah Tinggi serta keputusan Speaker Dewan Rakyat.
Tingkah laku SPR sebegini adalah buruk sekali dan langsung tidak boleh diterima. Hak memilih wakil rakyat pengundi Batu tidak boleh dicuri!
Rakyat kawasan Parlimen Batu tidak boleh menerima SPR menukar calon kita dengan cara sebegini, rakyat kawasan Parlimen Batu tidak boleh menerima Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi kawasan ini dengan cara sebegini, rakyat kawasan Parlimen Batu tidak boleh menerima harapan untuk bertukar kerajaan dicuri dengan cara sebegini!
Oleh yang demikian, saya ingin menyeru kepada semua pengundi kawasan Parlimen Batu supaya menggunakan undi di tangan anda untuk memberitahu BN dan SPR secara jelas dan terang bahawa rakyat kawasan Parlimen Batu tidak akan tunduk kepada penghalangan jahat mereka, rakyat kawasan Parlimen Batu tidak akan membiarkan BN mencuri kerusi ini dan rakyat kawasan Parlimen Batu pastinya tidak akan membiarkan taktik kotor BN dan SPR berjaya!
Oleh sebab itu kita harus tumpukan undi kita kepada calon Kunci. Rakyat kawasan Parlimen Batu akan membawa mesej jelas kepada BN dan SPR bahawa mereka tidak boleh memenangi kerusi kita dengan cara sebegini!
Undi rakyat kawasan Parlimen Batu secara jelas menolak calon BN yang ingin menang dengan menggunakan “pintu belakang”.
TIAN CHUA adalah naib presiden PKR dan penyandang parlimen Batu.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.