Tenang sebelum ambil bekas ahli BN
Oleh Shazni Munir Mohd Ithnin
Kita memandang serius fenomena ahli-ahli komponen Barisan Nasional (BN) yang berbondong-bondong mahu keluar parti masing-masing untuk masuk ke dalam parti-parti dalam Pakatan Harapan (PH).
Selain memperlihatkan pertambahan sokongan kepada kerajaan persekutuan ketika ini, fenomena ini juga, pada hemat kami, perlu diurus dengan baik dan berhemat.
Memandangkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini telah menyatakan komitmen untuk mengangkat kedaulatan undang-undang dan keutamaan integriti dalam pembentukan kabinet, ada baiknya di peringkat parti-parti dalam PH menetapkan tempoh bertenang agar proses penguatkuasaan undang-undang dapat berjalan dengan baik dan teratur.
Bagi ahli Dewan Undangan (Adun) dan ahli parlimen (MP) yang telah nekad untuk keluar BN dan menyokong PH, kami menyerahkan sepenuh kebijaksanaan kepada majlis presiden PH untuk menetapkan prosedur khusus agar komitmen kerajaan persekutuan untuk memerangi kleptokrasi dan rasuah tidak terjejas.
*Shazni Munir Mohd Ithnin adalah naib ketua Pemuda Amanah Nasional

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.