https://critoxium.com/shop/

Terkini

Tidak Setuju Dengan Dr Mahathir

Oleh Mohd Sayuti Omar

Kenyataan Dr Mahathir Mohamad mengenai mangsa Memali sebagai mati katak saya tidak setuju. Kata-kata itu tidak serharusnya keluar dari mulut beliau walaupun beliau berijtihad dengan apa yang dinyatakan itu?

Sebenarnya soal syahid atau tidak, tidak siapa dapat menentukan hatta di pihak yang mendakwa mangsa Memali itu syahid.

Dr Mahathir telah memohon maaf atas keterlanjuran itu. Permohonan maaf itu menunjukkan beliau salah dan silap dengan ucapan itu. Tentulah waris mangsa Memali terasa dan terkilan dengan ucapan demikian.

Makanya lain kali, soal-soal yang sensitif begitu tidak perlu dituturkan oleh Dr Mahathir Mohamad walaupun beliau disakit oleh orang tertentu sehingga beliau terikut membuat kenyataan balas begitu.

Dan keterlanjuran Dr Mahathir itu akan jadi lebih buruk lagi kalau tiba2 Najib Razak pula akan membela mangsa Memali itu dengan mengatakan ya mereka mati syahid. Tidak mustahil demi untuk meraih undi. Dan untunglah mangsa Memali kalau Najib mengikhtiraf setelah membuat ijtihad.

Kerajaan Malaysia boleh bayar pampasan kepada mangsa Memali, seperti mana kerajaan membayar saguhati kepada lima Hakim yang dipecat di zaman Dr Mahathir. #SMPH. Trims.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.