Zakir Naik: Mujahid sangat tidak adil
Oleh NASRUDIN HASSAN
PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) mengecam sikap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) yang dilihat sangat tidak adil malah dinilai berniat jahat terhadap pendakwah perbandingan agama terkenal, Dr Zakir Naik.
PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) mengecam sikap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) yang dilihat sangat tidak adil malah dinilai berniat jahat terhadap pendakwah perbandingan agama terkenal, Dr Zakir Naik.
Tidak mustahil kenyataan Dr Mujahid yang
menghina dan menganggap Dr Zakir Naik mencaci agama lain didorong oleh
segelintir pihak yang tidak senang dengan tokoh tersebut sebelum ini.
Dr Mujahid harus malu dan melihat
kembali kenyatan yang pernah beliau kemukakan pada tahun 2017 terhadap
Dr Zakir Naik. Dr. Mujahid pernah menganggap program Dr Zakir Naik
adalah program perbahasan ilmiah.
Dr Mujahid sendiri pernah mencabar
penganut Hindu yang tidak setuju dengan tokoh itu perlu lawan berbahas
dan tidak menggunakan pelbagai alasan untuk menghalang kemasukannya ke
Malaysia.
Jika Dr Mujahid tidak bersetuju dengan
kaedah pendebatan yang dianjurkan, maka beliau boleh berbincang dari
aspek teknikal. Jangan sentuh sensitiviti melampau sehingga menimbulkan
persepsi buruk terhadap Dr Zakir Naik.
Sikap apologetik Dr Mujahid sangat naif
sehingga membuat tuduhan melulu. Sikap tidak profesional tersebut telah
menggambarkan kuasa yang dimiliki olehnya boleh menekan orang lain.
Berbeza dengan cara Dr Mujahid menangani
isu LGBT. Beliau boleh menjemput Nisha Ayub ke pejabat, berunding dan
mengadakan sidang akhbar bersama sambil menawarkan pelbagai solusi
alternatif kepada golongan ini. Namun, apabila timbul isu Dr Zakir Naik,
beliau menyerang secara melulu tanpa berunding dengan tokoh tersebut.
Demikian juga qbeliau boleh buat
pertemuan dengan Dr. P. Ramasamy dalam menangani tuduhan penglibatan Dr.
P. Ramasamy dengan pertububan pengganas LTTE.
Adakah sebenarnya Dr. Mujahid didorong
atau berada dibawah kawalan dan cengkaman pihak tertentu untuk memberi
tekanan kepada Dr Zakir Naik?





Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.