Penghargaan daripada Pemuda PAS N. Sembilan
TERLEBIH dahulu
diucapkan tahniah kepada calon yang memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK)
P132 Port Dickson 2018 iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mewakili Dewan Pemuda PAS Negeri
Sembilan, saya mengucapkan jutaan terima kasih khususnya kepada Pengarah
Jawatankuasa Induk PAS PRK Port Dickson 2018, Datuk Iskandar Abdul
Samad dan timbalan, Ustaz Haji Idris Ahmad yang memandu Jentera Pilihan
Raya kali ini; Pengarah Jawatankuasa Operasi PAS PRK Port Dickson 2018,
Ustaz Haji Mustaffa Daharun, pimpinan dari Pusat, juga kepada semua
petugas dari seluruh negara.
Terima kasih juga buat Jentera Pemuda
PAS PRK Port Dickson 2018 yang diketuai oleh Ir. Haji Khairil Nizam
Khairudin, dan semua Jentera Dewan Pemuda PAS yang datang dari seluruh
Negeri Sembilan dan negeri-negeri bantu dari seluruh negara.
Penghargaan juga diucapkan buat semua
pengamal media dari media cetak, media atas talian, stesen televisyen
dan radio yang membuat liputan buat parti PAS dan calon kami, Lt. Kol.
(B) Haji Mohd Nazari Mokhtar dalam PRK kali ini.
Selain itu, sekalung penghargaan juga
buat rakan kami dalam Gagasan Sejahtera, Parti Ikatan Bangsa Malaysia
(Ikatan) yang turut sama membantu dalam usaha memberikan kesedaran buat
rakyat terhadap situasi semasa negara.
Tidak dilupakan, salam persahabatan buat
Parti Barisan Kemajuan India Se-Malaysia / All-Malaysian Indian
Progressive Front (IPF) yang telah memberi mesej kesedaran dan
kebersamaan dengan PAS bagi sama-sama memperkukuh parti-parti
pembangkang di negeri ini. Moga akan bertambah persefahaman antara
kedua-dua parti selepas ini.
Kami juga ingin mengucapkan terima kasih
kepada calon kita, Lt. Kol. (B) Haji Mohd Nazari Mokhtar yang sedia
menyahut seruan jemaah untuk menjadi calon bagi Parlimen Port Dickson
ini.
Akhir sekali, kami mengucapkan terima
kasih kepada 7,456 orang pengundi yang telah memilih PAS dalam PRK kali
ini. Ianya merupakan signal yang membangkitkan motivasi buat kami semua
untuk terus menyuburkan Islan di Parlimen Port Dickson ini.
Semoga gerak kerja kita sepanjang proses PRK kali ini mendapat perhatian, rahmat dan hidayah daripada Allah SWT.
“Terus Mara”
“Islam Memimpin”
KHAIRUL YAZMAN YAHYA“Islam Memimpin”
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.