https://critoxium.com/shop/

Terkini

Malu Apa Bossku


Oleh Tamrin Tun Ghafar

1. MALU APA BOSSKU yang dicetak di baju - baju T dan potret Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj, Perdana Menteri pertama sehingga Najib Tun Razak , Perdana Menteri ke 6 yang dinaik muat di alam maya begitu menarik perhatian.

2. Karya pelukis dan pengkritik politik Fahmi Reza yang mengubahsuai Najib sebagai badut atau clown turut dimuatkan dalam potret tersebut dengan caption KarTun.

3. Mengikut peguamnya, beliau yang didakwa menghina Najib ketika itu pasti dipenjarakan.
4. Di Amerika Syarikat dan Negara - Negara maju yang mengamalkan 'Kebebasan Bersuara' tidaklah menjadi kesalahan mengutuk pemimpin mereka.

5. Sebenarnya Perlembagaan Negara kita juga MENJAMIN Hak Kebebasan Bersuara atau Freedom of Speech kecuali perkara - perkara tertentu sahaja.

6. Oleh kerana ketika itu Jentera Kerajaan seperti Peguam Negara , Polis dan Hakim - Hakim tertentu hanya mengikut telunjuk, maka sesiapa sahaja yang menghina Najib dan isterinya Rosmah akan ditangkap dan didakwa.

7. Berbagai - bagai Akta dan undang - undang diwujudkan seperti SOSMA bagi menghalang mereka yang menentang Najib ketika itu.

8. Khairuddin Abu Hassan dan peguam beliau, Matthias Chang dipenjarakan tanpa dibenarkan sebarang pembelaan kerana melaporkan isu 1MDB dan SRC di Luar Negara - itu pun setelah beberapa laporan dibuat di dalam negara tapi ditutup begitu sahaja.

9. Di pentas-pentas antarabangsa, Najib mengaburi mereka seolah-olah beliau mengamalkan dasar kesederhanaan dan toleransi sebagai pemimpin tetapi hakikat sebenarnya amat berbeza sekali.
10. Rakyatlah yang telah menyelamatkan beberapa orang kartonis seperti Fahmi dan Zunar apabila menumbangkan UMNO / BN dalam Pilihanraya 10 bulan yang lepas.

11. Kini selepas hilang kuasa Najib dan askar upahannya ke hulu ke hilir dengan memakai baju T dengan ayat Malu Apa Boss Ku itu.

12. Sebenarnya Najib sedang berusaha menagih simpati dan sokongan rakyat; seolah - olah segala pertuduhan mahkamah yang dia dan Rosmah hadapi adalah fitnah semata-mata.

13. Bapa Najib , Tun Razak dikenali sebagai BAPA PEMBANGUNAN sedangkan anaknya dikenang dengan 5 gelaran sekaligus:

PENCURI
PENYAMUN
PEROMPAK
PENIPU dan
PEMUSNAH NEGARA.

14. Mengikut Jabatan Keadilan Amerika atau Department of Justice ( DOJ ) rompakan yang di lakukan oleh Malaysia No 1 Officer ( Najib ) adalah yang paling terbesar di dalam sejarah dunia.

15. Apabila Polis menggeledah rumah beliau di Taman Duta dan di beberapa pangsapuri mewah di Pavilion Kuala Lumpur, mereka menjumpai beratus juta wang tunai dan beribu barang kemas seperti cincin , gelang dan jam tangan , rantai, beberapa mahkota ( tiara ) dibuat dari emas dan berlian berbagai jenis dan warna.

16. Tidak mustahil banyak lagi wang ringgit dan barang - barang kemas yang bernilai tinggi telah diseludup ke Luar Negara.

17. Mengikut keluarga Najib arwah bapanya TIDAK meninggalkan harta yang banyak untuk mereka - ini amat berbeza dengan kenyataan awal Najib yang kononnya kekayaan beliau adalah hasil peninggalan bapanya.

18. Kegilaan dan kerakusan beliau dan isterinya Rosmahlah yang menyebabkan rakyat terlalu bosan dan marah sehingga UMNO / BN dihumbankan.

19. Sehingga kini Najib masih menyalahkan orang lain sedangkan rakyat dan seluruh dunia tahu dialah yang mencuri wang rakyat.

20. Bagi mendapat sokongan ramai, mungkin Najib dan Rosmah boleh teruskan amalan SYIRIK seperti yang selalu dilakukan semasa berkuasa dahulu di rumahnya dengan menggunakan bomoh dan ahli-ahli sihir dari luar negara seperti yang telah didedahkan oleh Deepak, rakan kongsi dan orang kepercayaan mereka di suatu ketika dahulu.

21. SEBENARNYA NAJIB HARUS MEMINTA MAAF KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA DI ATAS SEGALA KESALAHAN DAN PULANGKAN SEGALA HARTA ROMPAKAN.

22. Hentikan kepura - puraan dan drama seolah - olah beliau seorang yang maksum seperti Nabi.

23. Nampaknya doa beliau di hadapan Makam Nabi Muhammad SAW sebelum Pilihanraya dahulu TIDAK dimakbulkan Tuhan.

24. Hanya mereka yang telah dapat baju T Malu Apa Boss Ku dan mungkin juga dapat upah setiap kali mereka memakainya dan beberapa orang tertentu yang diberi dedak yang lumayan kini bertindak sebagai perancang bagi mengumpulkan seberapa ramai khasnya orang Melayu di mana sahaja Najib berada.

25. Tak tahulah sampai bila orang Melayu sanggup menjual maruah mereka semata - mata kerana mendapat upah RM300 - RM500 sahaja tapi sebenarnya yang mewah ialah beberapa perancang utama yang rapat dengan Najib.

26. HANYA ORANG YANG TIDAK PUNYAI MARUAH DAN PERASAAN MALU SAHAJA YANG BOLEH DIKATEGORIKAN SEPERTI SEORANG BADUT ATAU CLOWN.
Terima kasih.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.