UKM nafi beri arahan larang pensyarah tulis isu politik
Oleh
Adam Abu Bakar
PETALING JAYA: Naib canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menafikan pihaknya memberi arahan kepada pensyarah di universiti itu, Abdul Muein Abadi supaya tidak menulis isu politik selepas ditegur A Kadir Jasin kerana mengkritik kerajaan Pakatan Harapan (PH).
“Berkenaan arahan kepada Abdul Muein itu, di pihak naib cancelor tidak ada sebarang arahan yang dikeluarkan kepada beliau dalam perkara ini,” kata Mohd Hamdi Abdul Shukor
Terdahulu, Abdul Muein memberitahu beliau diarah tidak lagi menulis sebarang isu politik sensitif dan akur dengan arahan tersebut, walaupun terkilan kerana tidak lagi berpeluang menyumbang pandangan kritis kepada kerajaan PH.
“Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui betapa barisan pentadbir UKM hari ini memberi kebebasan akademik kepada kami para pensyarah.
Sebelum adanya campur tangan seorang penasihat perdana menteri tempoh hari,” katanya menerusi kiriman Facebook.
Abdul Muein melalui artikel bertajuk “Eksklusif: 400 hari PH jual
lebih RM20 bilion aset negara” mengkritik tindakan kerajaan PH menjual
aset negara lebih RM20 bilion.
Kadir yang juga penasihat perdana menteri bagaimanapun mendakwa Abdul Muein menyebar maklumat palsu, tidak lengkap dan membuat kesimpulan songsang mengenai kerajaan PH.
Abdul Muein kemudiannya menerima ugutan daripada pihak tertentu susulan perbalahannya dengan Kadir di media sosial.
PETALING JAYA: Naib canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menafikan pihaknya memberi arahan kepada pensyarah di universiti itu, Abdul Muein Abadi supaya tidak menulis isu politik selepas ditegur A Kadir Jasin kerana mengkritik kerajaan Pakatan Harapan (PH).
“Berkenaan arahan kepada Abdul Muein itu, di pihak naib cancelor tidak ada sebarang arahan yang dikeluarkan kepada beliau dalam perkara ini,” kata Mohd Hamdi Abdul Shukor
Terdahulu, Abdul Muein memberitahu beliau diarah tidak lagi menulis sebarang isu politik sensitif dan akur dengan arahan tersebut, walaupun terkilan kerana tidak lagi berpeluang menyumbang pandangan kritis kepada kerajaan PH.
“Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui betapa barisan pentadbir UKM hari ini memberi kebebasan akademik kepada kami para pensyarah.
Sebelum adanya campur tangan seorang penasihat perdana menteri tempoh hari,” katanya menerusi kiriman Facebook.
Kadir yang juga penasihat perdana menteri bagaimanapun mendakwa Abdul Muein menyebar maklumat palsu, tidak lengkap dan membuat kesimpulan songsang mengenai kerajaan PH.
Abdul Muein kemudiannya menerima ugutan daripada pihak tertentu susulan perbalahannya dengan Kadir di media sosial.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.