Pesuruhjaya PAS Perlis kini stabil
KANGAR: Pesuruhjaya PAS Perlis Mohd Shukri Ramli yang rebah ketika
menyampaikan ucapan pada Ceramah Perdana Muafakat Nasional peringkat
negeri kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Ketua Penerangan PAS Perlis, Saifizi Saidon berkata Mohd Shukri kini diletakkan di bawah pengawasan rapi doktor di Unit Rawatan Koronori (CCU), Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar.
“Badan Perhubungan PAS Perlis menyeru seluruh masyarakat untuk mendoakan kesembuhan dan kesejahteraan beliau (Mohd Shukri),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Saifizi juga turut meminta orang ramai untuk tidak mengeluarkan sebarang spekulasi berkenaan keadaan kesihatan Pesuruhjaya PAS Perlis itu.
Mohd Shukri yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Sanglang rebah
ketika sedang memberi kata-kata aluan pada ceramah yang turut dihadiri
oleh Presiden PAS Abdul Hadi Awang, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi,
Mursyidul Am PAS Hashim Jasin, Pengerusi Umno Perlis Shahidan Kassim
serta lebih 2,000 penyokong kedua-dua parti.
Ketua Penerangan PAS Perlis, Saifizi Saidon berkata Mohd Shukri kini diletakkan di bawah pengawasan rapi doktor di Unit Rawatan Koronori (CCU), Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar.
“Badan Perhubungan PAS Perlis menyeru seluruh masyarakat untuk mendoakan kesembuhan dan kesejahteraan beliau (Mohd Shukri),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Saifizi juga turut meminta orang ramai untuk tidak mengeluarkan sebarang spekulasi berkenaan keadaan kesihatan Pesuruhjaya PAS Perlis itu.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.