22 kawasan pulih dari masalah air berbau kurang enak
KUALA LUMPUR, 6 Okt — Sebanyak 22 daripada 33 kawasan yang terjejas
akibat masalah air berbau kurang enak telah pulih sehingga jam 6 petang
semalam.
Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Air Selangor Abdul Raof Ahmad dalam kenyataan hari ini berkata pemantauan, pemeriksaan, aktiviti pencucian kolam dan sistem agihan masih lagi diteruskan bagi memastikan semua kawasan yang terkesan dengan kes air berbau itu pulih sepenuhnya.
“Sehingga 6 petang tadi, 71 aduan baharu diterima dan
tindakan sedang diambil bagi proses ujian pensampelan dan pencucian
sistem perpaipan di kawasan dan premis aduan.
“Pelanggan di kawasan yang telah menjalani proses pencucian dinasihatkan menghubungi kami sekiranya masih lagi mengalami bekalan air berbau,” katanya.
Sebelas
kawasan yang masih terjejas adalah di Puchong Prima, Seri Kembangan dan
Saujana Puchong di Wilayah Petaling; Bukit Puchong, Bukit Puchong II,
Seri Kembangan, Kota Warisan, Salak Tinggi dan Taman Mawar BB Salak
Tinggi di wilayah Sepang; Bangi Seksyen 3 di wilayah Hulu Langat dan
Saujana Putra, Kuala Langat.
Katanya,
Air Selangor akan terus memberi makluman dan status terkini dari semasa
ke semasa dan pelanggan boleh menghubungi talian 15300 atau WhatsApp ke
nombor 019-2800919/019-2816793 bagi sebarang bantuan. — Bernama
Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Air Selangor Abdul Raof Ahmad dalam kenyataan hari ini berkata pemantauan, pemeriksaan, aktiviti pencucian kolam dan sistem agihan masih lagi diteruskan bagi memastikan semua kawasan yang terkesan dengan kes air berbau itu pulih sepenuhnya.
“Pelanggan di kawasan yang telah menjalani proses pencucian dinasihatkan menghubungi kami sekiranya masih lagi mengalami bekalan air berbau,” katanya.




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.