Jaga kebersihan, penduduk Kuala Perlis kutip 18 tan sampah
KUALA PERLIS, 6 Okt — Lebih 18 tan sampah berjaya dikutip oleh
penduduk di Kuala Perlis menerusi pertandingan “Mega Plogging Challenge”
DUN Kuala Perlis anjuran Pusat Khidmat Parlimen Kangar.
Anggota Parlimen Kangar, Noor Amin Ahmad berkata program seperti ini berjaya menggalakkan masyarakat kampung untuk sama-sama menjaga kebersihan kawasan Kuala Perlis yang menjadi destinasi pelancong sebelum ke Pulau Langkawi.
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail
berkenan merasmikan program tersebut. Turut berangkat Raja Puan Muda
Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Program tersebut turut diadakan sempena Hari Terbuka Kuala Perlis yang turut disertai 16 agensi kerajaan membuat pameran yang diadakan di Padang Semarak, Seberang Ramai di sini, semalam.
Tuanku
Syed Faizuddin kemudian berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang
iaitu Kampung Seberang Alor yang muncul johan dengan kutipan sampah
seberat 1082.9 kilogram dan membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 dan
hampar.
Kampung
Pulau Ketam muncul tempat kedua dengan kutipan sampah 983.8 kg dan
Kampung Baru Seberang di tempat ketiga dengan kutipan sampah 767.4 kg.
Pemenang tempat kedua dan ketiga membawa pulang hadiah wang tunai,
masing-masing RM500 dan RM400 beserta hampar. — Bernama
Anggota Parlimen Kangar, Noor Amin Ahmad berkata program seperti ini berjaya menggalakkan masyarakat kampung untuk sama-sama menjaga kebersihan kawasan Kuala Perlis yang menjadi destinasi pelancong sebelum ke Pulau Langkawi.
Program tersebut turut diadakan sempena Hari Terbuka Kuala Perlis yang turut disertai 16 agensi kerajaan membuat pameran yang diadakan di Padang Semarak, Seberang Ramai di sini, semalam.




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.