Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengingatkan orang Melayu agar
tidak menjual tanah milik mereka di kawasan bandar, dengan membangkitkan
"kehilangan" kawasan orang Melayu di Kuala Lumpur pada masa lalu.
Beliau
merujuk Kampung Kerinchi, Kampung Abdullah Hukum dan Kampung Penchala
yang kini antara lain menjadi kawasan kompleks membeli-belah dan
kondominium.
Mahathir berkata kampung tersebut hilang selepas
orang Melayu menjual tanah mereka dan sebahagiannya berpindah ke kawasan
kampung.
"Hari ini di Kampung Kerinchi, Kampung Abdullah Hukum,
Kampung Penchala, Semuanya sudah dijual. (Dan penduduk di situ) Keluar
jauh dari bandar kerana kos rendah.
"Jangan
jual tanah, kita akan cari jalan untuk dapatkan pulangan yang baik. Tak
payah jual, dengan itu kita (tidak) dihalau keluar dari bandar,"
katanya dalam ucapannya di Kongres Maruah Melayu di Shah Alam, hari ini.
Kini
isu pemilikan tanah orang Melayu di Kuala Lumpur kembali diperkatakan
dengan isu pembelian tanah Kampung Baru oleh kerajaan.
Dalam
sidang media selepas itu Mahathir yang ditanya tentang isu itu berkata
ia keadaan di Kampung Baru berbezan kerana pihak yang ingin membelinya
ialah kerajaan.
"Kampung baru tidak jual kepada orang lain, tetapi jual kepada agensi kerajaan yang akan bangunkan kampung baru.
"Nampak
macam kudis dalam bandar Kuala Lumpur yang sedang pesat
membangun....masih terdapat rumah-rumah lama yang tidak mencerminkan
kedudukan orang Melayu," katanya.
Terdahulu, kerajaan menawarkan
harga RM850 kaki persegi - kadar yang menurut Menteri Wilayah Khalid
Samad daripada penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH)
- kepada pemilik tanah di situ, tetapi dibantah oleh sejumlah penduduk
dan juga beberapa pihak lain.
Pada 3 Oktober lalu, Khalid berkata
Khalid berkata akan bertemu Mahathir untuk membincangkan isu itu,
antaranya sama ada kerajaan akan memberikan tawaran yang lebih baik.
Kemungkinan tawaran dalam bentuk saham dalam projek pembangunan Kampung Baru juga akan dibincangkan, katanya lagi.
Ambil iktibar 'hilangnya' Kg Kerinchi, Kg Abdullah Hukum - Dr M
Reviewed by editorreformis
on
Oktober 06, 2019
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
1. Satu kenyataan media yang dikaitkan dengan Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM) telah tular hari ini. 2. Setiausaha Agung MKM, Aqeef Salih...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.