'Kita bukan rasis, kita cuma nak kecam Melayu saja'
Dr Mahathir Mohamad hari ini menempelak sesetegah pihak yang
kelihatan tidak senang dengan keputusannya menghadiri Kongres Maruah
Melayu di Shah Alam.
Malah katanya beliau hadir atas kapasiti sebagai orang Melayu yang mahu membincangkan agenda orang Melayu di negara ini.
Secara sinis Mahathir juga berkata, apabila beliau menghadiri program yang dianjurkan pihak lain tidak ada pula kumpulan terbabit menghalangnya.
"Tak ada (berkaitan) politik, yang hadir semua pihak badan bukan kerajaan, universiti pun hadir. Mereka hadir sebagai orang Melayu," katanya.
Beliau juga berkata orang ramai yang datang pada hari ini bukan mahu memainkan semangat perkauman sebaliknya bertujuan mencari jalan memperbaiki kedudukan orang Melayu.
"Kita bukan rasis, kita tak kecam orang lain, kita nak kecam (nasihat) orang Melayu saja," katanya.
Turut hadir, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang; Setiausaha Agung Umno, Annuar Musa; Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.