SHAH ALAM: Ketua penganjur Kongres Maruah Melayu hari ini
mengingatkan kaum lain negara ini tentang kontrak sosial mereka dengan
orang Melayu dengan berkata, ia merupaksan asas mereka diberikan
kerakyatan yang boleh “digantung” sekiranya perjanjian itu dilanggar.
Memetik ayat al-Quran, Zainal Kling berkata, orang Melayu yang
“mewarisi negara ini sejak lebih 5,000 tahun”, boleh membatalkan kontrak
sosial dengan orang bukan Melayu, selain menambah mereka merupakan
pemilik sah negara ini.
“Remehkan perjanjian ini kontrak dalam perlembagaan itu, mari kita
ingatkan, dalam Al-Quran surah Al Taubah, ayat 3 dan 4 membenarkan kita
untuk menggantung perjanjian itu.
“Firman Allah maksudnya, ‘dan khabarkanlah wahai orang beriman kepada
orang kafir, bahawa mereka akan ditimpa azab yang tidak terperi
sakitnya. Kecuali yang kamu perjanjian dari orang Muslim kemudian tidak
mencabuli perjanjian mereka,” kata beliau.
Beliau berkata demikian di hadapan hadirin yang berhimpun di Stadium
Malawati di sini, dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dijadualkan
menyampaikan ucaptama beliau.
Turut hadir pemimpin Umno dan PAS. Sebahagian daripada peserta Kongres Maruah Melayu membanjiri Stadium Malawati, Shah Alam.
Zainal berkata, orang Islam dibenarkan menamatkan perjanjian dengan
orang bukan Islam sekiranya mereka melanggar syarat perjanjian.
Beliau berkata, Malaysia adalah negara orang Melayu sebagaimana
Thailand merupakan negara orang Thai, China untuk orang Cina dan India
negara orang India.
Kata beliau ada pihak yang juga merendah-rendahkan agama Islam dan mempermain-mainkan orang Melayu.
“Namun dalam budi baik ada orang ingin mempermainkan kita, mengusik
maruah kita, merendahkan agama Islam, mengeji raja kita kedudukan kita,
mereka berpaling tadah, kontrak sosial yang telah bina perundangan asas
negara kita, iaitu perlembagaan.
“Ssejarah lalu, sering langgar baik budi kita dan ada yang menafikan kontrak sosial.
“Maka kerana ada ura-ura untuk ringankan, rendahkan kontrak sosial
ini, maka bangsa Melayu ingatkan diri kita semua warganegra Malaysia
bahawa dalam Perlembagaan kita asas perkara tersebut bahawa agama
persekutuan Islam dalam perkara 3. Lebih besar agama Persekutuan, dengan
orang lain amalkan dengan harmoni,” kata beliau lagi. Hadirin bersorak menyambut ketibaan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad. (Gambar Facebook)
Kongres Maruah Melayu merupakan anjuran bersama Universiti Malaya
(UM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Putra
Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Penganjur berkata, ia akan memberi tumpuan kepada masalah yang
dihadapi orang Melayu dalam bidang pendidikan, agama, kebudayaan dan
ekonomi.
Kongres Maruah Melayu beri amaran jangan langgar kontrak sosial
Reviewed by editorreformis
on
Oktober 06, 2019
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
1. Satu kenyataan media yang dikaitkan dengan Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM) telah tular hari ini. 2. Setiausaha Agung MKM, Aqeef Salih...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.