SHAH ALAM: Dr Mahathir Mohamad hari ini mempertahankan kehadiran
beliau di Kongres Maruah Melayu dengan berkata, sebagai orang Melayu
beliau berhak menghadirinya walaupun digesa tidak berbuat demikian.
Perdana menteri juga berkata, acara hari ini bukan berkaitan parti
politik atau “kumpulan tertentu” dengan menambah ia merupakan
perbicangan tentang maruah orang Melayu.
“Sebagai orang Melayu, saya berhak hadir.
“Saya mahu ingatkan pihak tertentu, saya biasa bercakap di depan
orang bukan Melayu, tetapi tidak ada orang Melayu beritahu saya supaya
tidak hadir acara dengan orang bukan Melayu,” kata beliau ketika
merasmikan kongres itu di sini.
Kongres ini diadakan tiga minggu selepas Umno dan PAS mengadakan
Himpunan Penyatuan Ummah di ibu negara. Beberapa pihak mendakwa kongres
ini diadakan sebagai persaingan kepada himpunan tersebut, malah ada yang
mengesyorkan supaya Mahathir tidak hadir menyampaikan ucapan.
Pengerusi Pakatan harapan (PH) berkata beliau percaya perhimpunan
hari ini perlu bagi membolehkan orang Melayu bertindak “memperbaiki
keadaan kita”. Ucapan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pada Kongres Maruah Melayu.
“Kita banyak buat silap sehingga ke peringkat maruah kita dihina,” kata beliau yang kali kedua menjadi perdana menteri Mei 2018.
Katanya, ketika negara mencapai kemerdekaan, orang Melayu merupakan kelompok terbesar mewakili 60 peratus daripada penduduk.
Bagaimanapun mereka tidak menghargai keadaan itu sehingga berpecah
kepada “enam kumpulan kecil” yang gagal memperoleh sokongan 50% rakyat.
Mahathir juga berkata, orang Melayu berbalah sesama mereka
sehinggakan mereka terpaksa bergantung pada orang lain untuk menang
dalam pilihan raya.
“Kita menjadi takut kalau kita tidak mendapat sokongan mereka dan tidak boleh menang. Kita melepaskan kuasa yang diberikan.
“Itulah sebabnya maruah kita dihina dan kita dipandang rendah.”
Kongres hari ini turut dihadiri pemimpin Umno dan PAS serta komponen
Pakatan Harapan serta badan-badan bukan kerajaan. Turut hadir Presiden
PAS Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung Umno Annuar Musa.
Saya berhak hadir kongres sebab saya Melayu, kata Dr M
Reviewed by editorreformis
on
Oktober 06, 2019
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
1. Satu kenyataan media yang dikaitkan dengan Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM) telah tular hari ini. 2. Setiausaha Agung MKM, Aqeef Salih...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.